27.10.20

Touring Port Dickson

Ini merupakan kali ketiga aku dengan geng Taman Mulia ni. Kali ketiga ni agak berbeza sket sebab aku rasa sedikit takut nak touring sebab dah lama kayuh. Program ni adalah pada 5 September iaitu 2 minggu lepas aku naik Gunung Kinabalu. Dengan zero mileage aku slamba je join in diorg last minit bila dapat tau xde apa2 program on that week.


Geng Taman Mulia ni walaupun otai tapi laju yakmat. Diorg tiap2 hari kayuh dengan mileage 30-50km. Jadi atas dasar kerisauan aku pun tukar balik fork rigid dan pakai tayar sotong serta servis sedikit basikal yang dah jahanam. Hub belakang yang dah kong habis, aku beli 2nd hand kat kedai basikal.


Total yang folo touring kali ni 13 orang dengan 1 orang tak bermalam dan patah balik bila sampai. RV seperti biasa di Taman Mulia, Pajam. Route pun ada persamaan dari 2 kali aku touring dengan diorg iaitu melalui Exit Pajam- Bukit Setul- Exit Setul dan Seremban. Since ini kayuhan pertama selepas 2 bulan, aku ambil langkah berjaga-jaga dengan kawal speed. Takut penat dan krem di pertengahan jalan.


Perjalanan seperti biasa azab di Bukit Setul dan seterusnya agak landai. Di Seremban, terus mengayuh ke Mambau untuk menuju ke jalan lama Port Dickson. Berenti untuk bersarapan sekejap di Mambau. nasi lemak yang popular. Syukur beratur tak panjang. Habis sarapan terus henjut melalui jalan lama ke  PD. 


Laluan meliputi Mambau- susur Sendayan- Susur Rantau- Siliau. Laluan di sini sedikit rolling dengan option untuk berhenti rest agak kurang sebab hanya berkayuh menyusuri kebun-kebun sawit. Kedai pun rasanya xde. Stesen minyak ada 1 yang toilet xleh guna sebab xde air. 


Dari Siliau terus menuju Lukut. Di sini bergambar sekejap, dan amik angin rehat. Dari sini regroup semula dan terus ke tempat penginapan yang dah tak jauh iaitu less than 10km. Dari sana menuju ke Sunggala dan berhenti seketika untuk cendol sebab baki perjalanan ada lagi 4 km dan masa masih awal. Layan juga cendol dia yang menggunakan gula anau ni. Tak manis dan just nice aje portionnya


Lepas habis, terus menuju rumah peranginan yang dipilih. Rumah ni memang best, walau dari luar nampak lama tapi dalaman semua baru. Every area ada aircond kecuali dapur dan tandas. Bilik pun selesa. Downsinde tiada kedai yang berdekatan dan tak plan nak masak, kene kayuh la untuk cari makanan dll.




Untuk kali ni jiran depan rumah Awang folo touring dengan geng Taman Mulia. Pada belah petang disebabkan takde aktiviti, aku kayuh ke Tanjung Tuan. Di sana, park basikal dan jalan naik ke Rumah Api Tanjung Tuan. Asalnya ada macam nak naik Bukit Batu Putih, tapi kasut tak bersesuaian oleh itu jalan ke rumah api sahaja.

Perkara paling leceh di PD pada masa ni adalah mendapatkan kedai makan yang tak ramai orang pada sebelah malam. Pada belah malam ada kete jadi drive mencari kedai makan, kiri dan kanan penuh dengan orang. Pada waktu itu juga tengah PKPP jadi orang semua mengambil peluang untuk bercuti lepas terkurung dalam rumah. Jadi hampir semua tempat penuh.

Keesokkannya, bermula perjalanan balik. Perjalanan bermula dalam 7.30 pagi, dan dari rumah berhenti sarapan sebentar di Lukut sebelum balik. Pada malam sebelum tu, perbincangan laluan balik telah diputuskan untuk buat laluan yang berlainan semasa pegi.





Laluan dari PD adalah Lukut- Siliau- susur Rantau – Sendayan. Di area Sendayan ni amat azab kerana kesemua laluan adalah rolling hills yang tinggi-tinggi. Matahari tak terik tapi bahang amat terasa dan melemahkan kayuhan. Kayuh hingga sampai ke area showroom Nada Bidara di Gadong. Rest seketika sebelum sambung kayuh.



Area Gadong- Labu pun boleh tahan rolling, dengan bahang yang ada azab nak habiskan. Masuk Labu, berhenti minum Cendol Sagu Rumbia di Kg Pulau. Cendol yang menarik juga. Uniknya cendol sini, jeli hijau tu berwarna coklat. Lain dari lain. Rasa best sebab tak manis.

Cendol sudah, route rolling pun sudah, jadi semua meneruskan kayuhan. Jarak pun tak jauh pada masa ni, rasanya dalam 10km++ sahaja sebelum sampai ke Pajam. Continue kayuh dalam speed sederhana yang penting sampai. Dalam jam 11.30 macam akhirnya semua sampai rumah dengan Selamat.

Touring kali ni walaupun route pendek berbanding 2 kali sebelum ni bagi aku ada cabarannya. Matahari tak terik pada kedua-dua hari tapi bahang amat terasa lebih-lebih lagi bila menggunakan laluan tepi laut. Rolling hills pada waktu balik amat menyeksakan. Syukur semua Selamat pegi dan balik tanpa gangguan teknikal.

Till the next adventure.

No comments: