Ini adalah intipati cerita akhbar semalam.
Isu utama adalah keengganan waris membenarkan organ didermakan selepas penderma mati.
Aku telah mendaftar penderma sejak 2007. Masa berkahwin, antara benda yang aku bagitau isteri aku adalah bila tiba masanya nanti, organ aku yang mana masih ok perlu didermakan kepada yang memerlukan. Dia mengangguk.
Sebabnya mudah sahaja. Aku ni bukan baik sangat, dosa pun melimpah-limpah banyaknya. Aku rasa ini adalah jalan terakhir aku menambah pahala walaupun aku dah mati nanti.
Semalam aku ada ingatkan isteri bila keluar artikel di bawah. Dia setuju. Sebab utama dia takut aku jadi hantu kak limah kacau dia malam-malam sebab tak dapat derma organ.
Hampeh!.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0503&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm&arc=hive
3 comments:
aku suka statement last ko. caya la yanti!
apasai bones dgn skin kau tak derma? sbb kulit kau gelap ke?
aku xderma kulit sebab aku xnak kulit aku compang camping time nak mandi jenazah.
tulang plak sbb aku terbayang-bayang yg badan aku jadi senget sblh kalau amik tulang..
ternyata tekaan aku pasla tulang tu salah. beselah time tu bodo2 lagi.
Post a Comment