Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

7.9.26

Magnesium Glycinate

Aku mula ambil ni sejak satu bulan lepas. Tujuan asal adalah untuk mendapatkan tidur yang lena kerana aku susah nak tidur dan mendapat tidur yang lena. Cuma lepas sebulan selain daripada dapat tidur dengan lena, aku dah mula mendapat ketenangan. Hal - hal yang menjengkelkan pun jadi kurang menjengkelkan. Bila timbul masalah pula, aku anggap angin lalu sahaja. Apabila berlaku perkara yang menyakitkan hati pun aku biarkan aja. Elakkan dari berserabut jiwa.
Terima kasih, satu penemuan hebat pada tahun ini.

15.7.26

Belajar

Kadang kala kita perlu menyekolahkan seseorang individu tu, supaya dia dapat belajar. Kerana cara biasa mungkin tak masuk sebagai ajaran.

2.4.26

Hidup Di Bawah Radar

Nampaknya aku tidak boleh lagi dicari dan dijumpai melalui carian biasa di Google.
Alhamdullilah. Ini yang dimahukan sejak bermula tahun ini.

26.3.26

Life So Far

Dah masuk Syawal ke 5 dan aku rasa mood bersukan masih belum sampai. Walaupun bersemangat nak bersukan awal pagi sepanjang cuti bermula Syawal tapi masih gagal. Bulan Ramadhan agak sibuk jadi hanya mampu bersukan yang amat sedikit. 
Pagi ini akan mula bekerja, moga semangat bersukan itu sampai. Dapat sedikit sebelah petang pun dah ok. Mudah mudahan.

4.3.26

Off

Ini dah masuk minggu ketiga aku tutup semua akaun media sosial aku. Dari FB, Twitter, Instagram dan Threads. Semua ni aku deactivate saja dan tak delete sebab sayang dengan gambar2 yang dah ada di situ.


Sebab? Nak mencari ketenangan, aku rasa, aku dah terlalu kerap memegang telefon dan ia telah menjadi satu bentuk ketagihan. Selain daripada itu juga dunia media sosial ni terlalu volatile hingga bertanyakan soalan pun dah jadi satu kesalahan dan boleh disalahertikan. Baik berehat seketika. Selain dari itu aku rasa lebih menarik hidup ini bila tiada any digital footprint di media sosial. Rasa lebih bebas.


Ada sedikit kesusahan bila dah tutup semua akaun ini interm of urusan kerja. Dunia sekarang banyak berkisar dengan media sosial di mana boleh refer di situ untuk dapat maklumat paling terkini. Bila dah tutup ni rasa tertinggal sikit tapi perlu cari medium lain untuk dapatkan maklumat - maklumat yang kita perlu. Entah berapa lama dapat bertahan tutup akaun ni aku pun tak pasti. Biar masa menentukan.