Ini dah masuk minggu ketiga aku tutup semua akaun media sosial aku. Dari FB, Twitter, Instagram dan Threads. Semua ni aku deactivate saja dan tak delete sebab sayang dengan gambar2 yang dah ada di situ.
Sebab? Nak mencari ketenangan, aku rasa, aku dah terlalu kerap memegang telefon dan ia telah menjadi satu bentuk ketagihan. Selain daripada itu juga dunia media sosial ni terlalu volatile hingga bertanyakan soalan pun dah jadi satu kesalahan dan boleh disalahertikan. Baik berehat seketika. Selain dari itu aku rasa lebih menarik hidup ini bila tiada any digital footprint di media sosial. Rasa lebih bebas.
Ada sedikit kesusahan bila dah tutup semua akaun ini interm of urusan kerja. Dunia sekarang banyak berkisar dengan media sosial di mana boleh refer di situ untuk dapat maklumat paling terkini. Bila dah tutup ni rasa tertinggal sikit tapi perlu cari medium lain untuk dapatkan maklumat - maklumat yang kita perlu. Entah berapa lama dapat bertahan tutup akaun ni aku pun tak pasti. Biar masa menentukan.
No comments:
Post a Comment