-
25.10.26
23.9.26
Kerja
Antara perkara yang aku paling cukup pantang masa bekerja ni adalah bila tiba - tiba tak boleh angkat call masa cuti la, luar waktu pejabat la, terlalu busy sampai nak balas mesej pun tak boleh. Nak acah work life balance. Jadi apa yang aku hidup dalam masa 7 tahun ni takde work life balance ke apa?
Mereka sebegini wajar diajar balik dengan kita pun boleh tangkap call dia atau pun balas mesej dia di luar waktu pejabat. Jika orang tak boleh berbudi bicara dengan kita, kenapa kita sahaja perlu berbudi bicara dengan orang lain.
7.9.26
Magnesium Glycinate
Aku mula ambil ni sejak satu bulan lepas. Tujuan asal adalah untuk mendapatkan tidur yang lena kerana aku susah nak tidur dan mendapat tidur yang lena. Cuma lepas sebulan selain daripada dapat tidur dengan lena, aku dah mula mendapat ketenangan. Hal - hal yang menjengkelkan pun jadi kurang menjengkelkan. Bila timbul masalah pula, aku anggap angin lalu sahaja. Apabila berlaku perkara yang menyakitkan hati pun aku biarkan aja. Elakkan dari berserabut jiwa.
Terima kasih, satu penemuan hebat pada tahun ini.
9.8.26
15.7.26
Belajar
Kadang kala kita perlu menyekolahkan seseorang individu tu, supaya dia dapat belajar. Kerana cara biasa mungkin tak masuk sebagai ajaran.
14.7.26
Subscribe to:
Posts (Atom)