29.9.20

Akinabalu : My Story

Projek yang pada mulanya dicadangkan pada 2016. Bila dicadang secara terus di shot down.  Kemudian dirancang semula untuk pendakian tahun 2019. Tidak diteruskan. Kemudian dirancang semula oleh group hebat di ofis pada tahun lepas untuk naik pada 2020.

Pada 2020, dunia diserang wabak Covid-19 di mana wabak sungguh hebat hingga di Malaysia semua diarahkan duduk di rumah dan dilarang pergi ke mana-mana kecuali mendapatkan bekalan makanan. This project is in jeopardy. Sedikit demi sedikit keadaan kembali terkawal dah akhirnya beberapa kelonggaran diberi menyebabkan project ni diberikan green light.

Masa dah agak suntuk sebenarnya di mana dalam 2 bulan lagi sebelum tarikh naik baru dapat green light, jadi preparation ala kadar sahaja. Few training here and there , naik 2-3 gunung dan others mengumpulkan dana untuk beli gear. 



Date chosen was 21-22 Oktober. Aku sampai 2 hari awal bagi jalankan tugas rasmi dulu dan reach Kundasang a day before hike. Tido semalam di J Residence yang berdekatan betul dengan pintu masuk Sabah Parks. Malam sebelum tu all of us dalam 20 orang berkumpul untuk briefing dan sesi kenal-kenal. Malam tu havoc juga sebab nak bincang weight barang yang nak pass ke porter sebab setiap orang ada allowance untuk 2kg shj. 





View pagi amat mengujakan. Tak boleh nak bayangkan lagi view yang ada di puncak. Around 7.30 dah begerak ke Sabah Parks. Proses di kala masih berlaku Covid-19 ni agak leceh tapi mesti dilaksanakan. Mula-mul aperlu beratur untuk diambil suhu dan seterusnya ke khemas yang disediakan khas untuk isi dengan lengkap declaration form. Part ni paling penting di mana declaration form kene diisi lengkap dan kalau tak lengkap diorg akan pulangkan untuk dilengkapkan. Nanti bazir masa dan makin lambat mulakan hike.







Selepas tu baru kau boleh ke pejabat Sabah Parks untuk melengkapkan permohonan dan seterusnya diberikan tag untuk naik. Ambil beberapa gambar di sana beramai-ramai dan terus naik bas ke Timpohon Gate. Jarak ke Timpohon Gate dari luar boleh tahan jauh juga. Kalau jalan kaki komfem peluh reciks.

Untuk trip ni since group dlm 20 orang, guide adalah seramai 4 orang. Di Timpohon Gate, guide bagi sedikit taklimat untuk pendakian on what to expect dan do’s and don’t s sepanjang pendakian. Pada jam 10.30 pagi baru mula. Sebelum mula kene daftar dulu dan terus jalan.





Sepanjang perjalanan bagi aku the view was superb. Tak boleh nak digambarkan. Umpama kau boleh ddk dan mengamati view selama mungkin. Tapi hakikatnya xleh nak duk lama. Kene keep moving, sebab jarak dari Timpohon ke Laban Rata adalah 6km dengan setiap KM akan ada pondok untuk rehat. Bestnya adalah kat pondok tu ada kerusi, meja dan tandas dengan running water untuk digunakan. Amat mudah dan selesa.

Cuaca amat ok sepanjang perjalanan kecuali sebelum sampai Pondok Mempening hujan mula turun. Tak lebat tapi masih lencun. Masa tu siap terus pakai jacket dan raincover dan bersedia expect the worst takut hujan lebat. Continue jalan hingga sampai pondok laying-layang di mana dah set untuk makan tengahari.


Untuk sesiapa yang belum naik. Lunch tak disediakan oleh sabah park. Sebaliknya kau kene arrange sendiri dengan team kau untuk disediakan pack food. Mcm group aku dah ada caterer yang hantar sarapan pada sebelah pagi di J Residence dan siap2 tapau pack food untuk lunch dlm trek.

Selepas lunch bersedia nak sambung perjalanan, tiba2 hujan turun lega rasanya. Mungkin hikmah suh berenti lunch tu supaya tak kebasahan dan kesejukan jalan kat trek. Lega rasanya. Simpan terus raincover sbb ni jenis murah pakai buang. Takut nak guna balik selepas ni atau esok pagi.

Perjalanan ke puncak continues. Moving up, udara semakin nipis. Ditambah pula dengan lepas hujan, pendakian aku rasa semakin sukar. Aku mula ada rasa sedikit gendangan di kepala sebab every steps degupan jantung amat laju. So banyak masa jalan dan rehat. Try untuk control heart rate sebab aku takut pancit.

The hardest part on the 1st day aku rasa adalah pada last 1km ke Laban Rata yang menyeksakan. Sejuk, udara nipis dan penat. Ditambah pula setiap 100m ada signage menunjukkan jarak ke Laban Rata seksa.


Around 5pm selepas 6 jam bergelut hike yang laluan hanya menaik sepanjang 6km baru sampai ke Laban Rata. 1st thing aku buat adalah masuk bilik, buka baju dan mandi. Sejuk gila, 4 gayung sudah cukup. But still boleh tahan kesejukkannya. Paling sejuk dalam bilik bagi aku adalah lantai bilik air dan lantai di area dorm. Kalau buat heated floor konfem best.

Dinner disediakan pada jam 5- 8pm. Since penjarakan fizikal kene jaga, nak masuk kene beratur untuk tunggu turn. Bila dah masuk satu meja hanya boleh 2-3 orang. Jadi kalua masuk jangan duduk lama-lama, makan dan blah. Bagi peluang orang lain makan plak. Dari segi rasa xyah tanya, kau makan je asalkan perut kenyang.

Habis dinner terus tido dan aku bangun around 1.00 am utk bersiap ke summit attack plak. Ada sedikit kejadian pelik yang aku nampak masa aku tido tu. Tak pasti dalam jam brp, aku tersedar dan dapati macam ada satu bentuk yang menyerupai porter dengan barang siap disandang keluar dari toilet dan berjalan keluar dari dorm. Katil aku betul2 tepi pintu dorm. Bentuk tu berwarna gelap dan outline mmg menampakkan bentur seorang porter. Syukur plak benda tu tak tegur aku yang tengah nampak dia. Benda ni aku tak ceritakan kepada sapa-sapa hingga la aku sampai ke KK 2 hari berikutnya.


1.30 pagi terus pakai gear dan bergerak ke tempat makan untuk supper. Rasa masih sama, mcm tu je. So balun je la untuk tenaga dan panaskan badan. Lps keluar, briefing by guide dan 2.30 pagi sharp terus gerak ke puncak.

Di sini juga bermula azab hari kedua, terus aku teringat pada masa tu 1st mistake aku. Tak hydrate properly sejak sampai ke Laban Rata pada petang semalam. Akibat layan kepenatan yang ada, aku habiskan masa dengan tido. Air kurang minum sebab nak elakkan ke tandas untuk kencing. So plan aku adalah untuk kekal tenang untuk elakkan kejadian buruk macam terlalu bonk atau krem.



Syarat di sini, kau kene sampai last check point iaitu Sayat-Sayat sebelum jam 4.30 pagi. Distance dari Laban Rata hanya 1 km je. Tapi dia punya tangga sampai ke sana buat jantung degup kencang umpama takde hari esok. Aku tahan aje walaupun dah penat sebab kalau sampai selepas 4.30 pagi diorang tak bagi kau naik ke puncak.

Tepat 4.30 pagi aku sampai sana, ambil masa rest kejap dan seterusnya naik ke puncak. Jarak ke puncak dalam 1.5km lagi. Di sini la aku paling struggle nak naik. Pada masa ni  rasa energy dah depleted habis. Jalan 2 langkah pastu berhenti. Siap duduk. But the view time kau duduk tu magnificent. Tiada kata dapat gambarkan keindahan time dah nak subuh tu.



After a few minutes, aku usaha kembali teruskan kerana dah terlalu dekat dengan puncak. Aku dah boleh nampak Low’s Peak tapi terasa amat jauh. Masa ni dengan kesukaran bernafas disebabkan udara terlalu nipis, sejuk dan kesakitan kepala yang amat sangat aku ambil masa yang terlalu lama sampai ke puncak. One of my few regrets adalah take too much time kerana aku melayan kepenatan dan kesakitan masa kat puncak tu. Aku rasa kalau aku tahan je rasa tu boleh sampai lagi awal


Around 7 pagi baru aku sampai di Puncak. Jika dikira dlm 1.5km tu aku ambil masa 2 jam setengah. Bagi aku perjalanan ke puncak dari Sayat- Sayat amat mencabar. Alhamdullilah sampai juga ke atas. Tak dapat digambarkan perasaan bila sampai ke puncak. Luar biasa dapat naik ke puncak tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. So surreal.


Kesemua wajib meneruskan perjalanan turun bermula 7.30 pagi. Tapi aku time ni masih sibuk bergambar. Aku rasa dalam 8.30 pagi kot baru turun dan jam 9.30 pagi aku sampai ke dorm. Wajib kemas dorm before 10.30 pagi. Jika lewat dari tu bayaran RM100 bagi setiap jam tak keluar dari dorm. Sarapan disediakan juga dari 8.30 hingga 10.30 dan jika lewat kene beli makanan. Nasi goreng cina pun RM19 kat sana.



Aku memulakan perjalanan turun dalam jam 12 tengahari bersama-sama dengan semua yang lain. Time turun ramai dah mula injured kecil seperti sakit kaki dan lutut. So menurun banyak ambil small steps.

Owh aku lupa nak terangkan perjalanan naik kinabalu ni memang kau jumpa tangga sahaja dan perjalanan hanya menaik sahaja tanpa ada turun sedikit pun. Jadi bayangkan dah hadap 6 jam naik tangga pada hari sebelumnya, hari kedua terpaksa menghadap tangga menurun pula. Perjalanan turun mengambil masa 5 jam.


Jika kau sampai lepasi waktu 4.30 di Timpohon Gate, setiap 1 jam kau kene bayar overtime bagi setiap guide yang kau ambil. Jadi rancang la masa anda sebaiknya. 

Satu kelegaan bila kau nampak Timpohon Gate tu yang menandakan semua telah berakhir.

This might be the hardest challenge so far for me. Rasa penat dan sakit kepala di puncak tu hampir-hampir membuatkan gagal. Syukur aku sampai juga dengan bantuan semangat dari kawan-kawan yang naik bersama. Terima kasih, aku terhutang budi pada mereka.

Untuk team yang make this program happened terima kasih juga atas usaha lelah anda program lancar dan berjaya. Tanpa usaha gigih anda, aku yakin program ini masih kekal jadi angan-angan.





 

No comments: