Aku ada seorang rakan sekerja di sini bernama Venu. Dia ada satu style driving yang amat tak cocok jika di Kuala Lumpur ni. Slow and Steady katanya. Kat Kayy Ell ni kalau kau slow and steady umpama kau bawa kereta macam siput babi. Sangat babi slownya. Bila aku tanya dia macam mana dia boleh tahan drive slow and steady ni sebab nak jimatkan minyak. Dulu sebelum berpindah ke opis aku. Dia setiap hujung minggu travel dari Kuantan ke Rantau,N9. Jarak perjalanan jauh jadi penjimatan minyak amat diperlukan. Aku pernah naik kereta dengan dia beberapa kali ke Putrajaya. Aku akui memang jimat drive slow and steady nih. Cuma masa sajelah yang berbeza. Kalau masa pemanduan biasa 30 minit, dengan gaya slow and steady ni mungkin dalam 45-50 minit. So planning ke mana- mana kene cantik.
Aku pun cuba gaya slow and steady ni sejak 2 minggu lepas. Memang jimat. Dulu seminggu, aku isi petrol RM60 tahan 3 hari aje. Sekarang boleh cecah dalam 4-5 hari. Speed trap pun dah banyak aku elak. Kalau dulu memang syaitan juga cara aku drive. Speed trap aje dah 6 kali aku kene kat highway Nilai-KL nih. The key to slow and steady ni adalah dengan maintain satu speed sahaja bagi kebanyakan masa pemanduan. Sebagai contoh kalau bawa 110km/h kau maintain aje speed tu selagi boleh.Kurangkan brek terutama brek mengejut. Jarakkan kereta anda dengan kereta di depan. Dan yang paling penting plan your drive. Kita kene estimate masa lebih sket dgn gaya slow and steady nih.
As a tribute, aku namakan style driving ni Gaya Pemanduan Venu.
2 comments:
hahahaha..nak tiru gak ah..
mcm payah je aku nk tiru! rasa azab bwk kete slow2 ni... hahahaha
Post a Comment