16.10.17

Trail Bukit Kepayang

Aku rasa ni one of the hidden gem kot sebab tak ramai yang tahun lokasi bila aku upload gambar kat Facebook. Lokasi tempat ni terletak di Taman Bukit Kepayang, Seremban 2 hence the name trail Bukit Kepayang. Sejujurnya aku dah lama nampak tempat ni macam bleh naik disebabkan pernah ternampak ada kuil atas bukit tu. Nampak dah 4 tahun lebih tapi dalam 2 minggu lepas baru berpeluang naik.




Aku cuba google gak exact location nak naik. Hasil pembacaan mostly suh park kat tepi jalan utama Bukit Kepayang tu je. So aku pun buat perkara yang sama. Kat mana tempat mula trail tu pun aku main tanya2 je orang yang ada kat situ.




Untuk Trail Bukit Kepayang ni ada 3 laluan naik. Pertama dari laluan kenderaan yg laluan masuknya sebelum simpang ke Bukit Kepayang jika kau dari arah Mantau. Kedua daripada tepi jalan tempat parking Bukit Kepayang dan ketiga di belakang Kepayang Heights. Untuk aku atas komen orang lain di parking tu, aku naik menggunakan laluan belakang Kepayang Heights.






Naik dari Kepayang Heights ni bagi aku menyeksakan. Laluan dari bawah ke atas pacak sahaja. Tali dah disediakan untuk bantu kau naik ke atas. Banyak kali gak aku berhenti untuk amik napas naik ke atas tu. Dalam 10 minit juga sampai tapi sebelum tu sempat dipotong oleh seorang auntie ni. Ayat dia sampai skrg aku ingat, " u 1st time tak boleh lalu sini, saya 4 tahun baru berani guna jalan ni". Kata dia sampai belalu pergi. Kah kah kah. Tamparan yang hebat bagi aku masa tu.








View kat puncak not bad juga. Ada yang bleh nampak arah Highway PLUS dan ada yang nampak arah Seremban 2. Jalan turun aku lalu jalan bersimen yang agak mudah dan kau bleh lari untuk turun. Kemudia akan lalu tepi perumahan sebelum keluar semula ke tempat parking kereta.









Total distance aku masa tu hanya 3km sahaja. Sedap jika nak buat latihan berkonsepkan loop. Aku nak cuba lagi nanti menggunakan laluan tu sebab menurut diorg laluan di belakang Kepayang Heights tu ada dua tiga jalan untuk ke puncak. Ada laluan tak seteruk  laluan yang aku guna untuk ke sana.
Kepada penggemar trail boleh mencuba tempat ni sebab masih belum popular jadi takde la sesak sangat time naik dan turun.  Elevation pun tak tinggi sangat memang just nice la untuk naik
Till the next adventure. Bye!

Updated:

Klik sini untuk 2nd trip di Bukit Kepayang.


No comments: