3.6.11

Cendol Leman Dawi

Nama kedai ni memang famous. Sape xpenah dengar nama kedai ni memang katak bawah tempurung terutama buat orang negeri sembilan. Disebabkan aku pun dah di Seremban, teringin jugak nak rasa apa yang sedapnya cendol leman dawi ni. Cendol ni selalu masuk tv,majalah dan lain lain. Kalau cari kat google map pun boleh jumpa cendol ni. Petang tadi aku gerak ke sana. Perjalanan ke sana mudah. Hanya ikut ke arah Rembau ikut jalan lama dari Seremban. Kejap saje dah sampai. Pergi order dan makan. 1st impression aku boleh jangka tak sedap. Bila aku rasa, Ya memang betul tekaan aku. Mungkin bagi orang lain sedap. Tapi bagi aku tak. Antara sebab sebab aku rasa tak sedap adalah:
1. Ais batu bukan dikisar. Hanya guna ais ketul biasa.
2. Santan tak berlemak. Salah satu key dalam pembuatan cendol adalah santan
3. Gula yang cair. So kau kene tambah sendiri bila da duduk.
4. Benda hijau-hijau macam mee tu,aku pun xtau nama dia, tak dihasil dengan baik. Besar-besar. Tawar pun ada.

Tarikan kedai ni aku rasa mungkin bukan dari segi rasa, tapi dari nama yang dijual. Macam kereta honda. Nama honda itu sendiri dah boleh buat orang tertarik dengan kereta tu. Salah satu tarikan lain adalah percuma refill. Orang Malaysia memang amat teruja bila dengar perkataan percuma. Siap ada air barli diberi percuma. Barli tu pun bagi aku kurang sedap sebab letak air gula. Barli hanya perlu direbus dan minum begitu sahaja. Tak perlu tambah apa-apa. Secara jujurnya aku keluar dari kedai dengan rasa kecewa.
Bagi aku cendol terbaik aku rasa adala di pekan kuala pilah. Di pasar besar pilah. Hanya ada satu kedai cendol di situ. Kedai tu dah ada situ sejak isteri aku budak kecik lagi. Rojak kedai tu pun terbaik. Di sebelah kanan kedai tu ada makcik jual mee hailam yang sedap. Kalau sape-sape turun pilah singgah la. Memang berbaloi walau datang dari jauh. Aku bukan nak promote. Tapi itulah yang aku rasa.
Perjalanan aku ke kedai cendol leman dawi tak la sia-sia sangat bila aku dapat tengok stesen komuter baru Kat Sungai Gadut. Tak pernah aku jumpa stesen komuter hi-tech macam ni. Stesen komuter ni xterletak di tanah tapi di atas. Macam stesen putra/star lrt. Trek dia pun banyak yang guna flyover. Serius aku kagum. Memang bijak engineer yang reka stesen ni.

No comments: