Orang Malaysia ni cukup suka membazir terutama masa makan. Cukup suka mengambil makanan lebih dari apa yang mampu mereka makan. Kalau xsalah aku dalam akhbar pernah disebut Orang Malaysia buang makanan dalam 930tan sehari. Bila kita berada kita kedudukan kita sekarang kita lupa nak appreciate nilai makanan kita. Aku sedang berkursus di Pangkor, cukup banyak makanan yang terbazir tidak dihabiskan di atas meja. Aku dulu pun mcm tu. Sentiasa membazir. Tapi aku terfikir balik,kita susah2 kerja utk dapatkan gaji. Bila bergaji untuk beli makanan dibazirkan begitu sahaja. Popularity makan secara buuffet sbnyrnya menyumbang banyak kepada pembaziran ni. Kita sentiasa ambil makanan banyak atas alasan malas nak bangun lagi. Bagi aku di situ la silapnya.
Kita sepatutnya ambil ikut kemampuan diri sendiri. Kemampuan kita untuk habiskan makanan tu. Kita bernafsu tengok makanan,digoda syaitan di telinga dan akhirnya kita ambil banyak seterusnya membazir. Kita perlu berubah. Kita sudah berfiat mengejar kebendaan hingga kita sudah tidak sedar tentang nilai sesuatu benda yang kita ada. Makanan yang amat bernilai yang kita bayar untuk dapatkan tapi kita buang begitu sahaja.
Sekarang adalah masa untuk berubah. Ramadhan yang bakal tiba harus dimulakan dgn kesederhanaan. Jangan membazir. Hargailah nilai makanan yang kita makan itu.
1 comment:
setuju. sakit hati bila tgk org amik makanan ikut nafsu bkn ikut kemampuan
Post a Comment