3.8.11

Tazkirah

Masa aku belajar di UPM dulu anta 2000 hingga 2007 telah keluar satu pengumuman dari JAIS kalau tak salah pasal pengharaman tazkirah semasa tarawikh. Atas sebab ape pengharaman aku tak pasti tapi menjadi isu besar juga masa itu.
Bagi aku tazkirah ni bagus juga sebenarnya. Ada banyak peringatan,kisah-kisah tauladan yang boleh kita dengar. Bila surau di kawasan rumah aku di Nilai membuat tazkirah antara solat terawikh terus aku terpaksa mencari tempat baru keesokan malamnya.
Sebab utama hanya satu,masa yang diambil untuk selesaikan solat terawikh 8 rakaat dan tazkirah dengan 3 rakaat witir mengambil masa hingga 10.30. Masa bagi aku terlalu panjang.
Sebab utama aku tak mau spend masa yang panjang buat masa ini adalah Ammar tengah lasak, jadi aku kesian membiarkan dia di jaga isteri lama-lama setiap malam. Jadi aku rasa lebih baik aku singkatkan masa di surau untuk spend masa jaga anak-anak.
Aku tak kisah kalau orang lain nak judge aku dengan entri ini sebab bagi aku memang benar orang dahulu berjihad tinggal keluarga berbulan-bulan lamanya, tapi sekarang zaman sudah berubah. Suami dan isteri turut bekerja mencari nafkah jadi tanggungjawab di rumah tetap kena diurus bersama. Bukan lepas kat isteri aja.
Lagipun umpama amat selfish aku besolat tarawikh jemaah di rumah sedangkan dia abehempas pulas menjaga anak di rumah.

No comments: