18.6.13

Derma Darah

Anda pernah derma darah?  Belum? Takut?  Anda patut menderma sebenarnya. 
Ini antara benda yang aku cukup suka buat. Target aku setiap tahun mesti sekali walaupun kalau dikirakan setiap 3 bulan sekali boleh menderma. Kalau dari rekod buku ni aku dah menderma 14 kali dan tak pernah miss setiap tahun kecuali 2010 di mana aku terlalu sibuk dengan kerja hingga jarang ada di rumah.
Kepada yang lain, yang belum pernah menderma cuba lah. Kadang kala mungkin kita hanya menderma satu beg sahaja (dalam lebih kurang 450ml) tapi bantuan kecil kita tu boleh menyelamatkan nyawa.
Apa lagi, derma sekarang. Cari tempat-tempat yang laksanakan kempen menderma atau pergi terus ke Pusat Darah Negara kerana Ramadhan bakal tiba. Bila tiba Ramadhan, bekalan dan simpanan darah jatuh mendadak.

No comments: