17.6.13

Hari Bapa

Apabila aku ternampak offer Father's Day Hi-Tea Buffet dari Hotel Shangri-La Putrajaya kat Groupon aku terus beli tanpa sebarang hesitation. Murah hanya RM63 nett utk seorang di mana bapa akan makan percuma dengan syarat anaknya dibawa bersama.
Aku menjangkakan ia satu buffet yang simple di mana kita duduk, makan dan balik tapi aku tersilap. Mereka telah rancang lebih dari itu. Aku boleh katakan hotel ni managed to sell me out dengan servis dan layanan mereka sejak mula masuk ke kawasan Parking lagi.
Bila sampai di hotel dah ramai orang di lobby yang membeli pakej yang sama. Bila turun sahaja ke tempat makan, dilayan terus oleh waiters yang ramai. Dapat tempat yang best dekat dengan makanan so tak perlu jalan jauh. Ada door gift diberikan masa masuk, berupa universal adapter. Ada juga cabutan bertuah utk 10 orang di mana akan dpt pakej penginapan hotel percuma, voucher makanan dan cufflinks. Hadiah utama penginapan di hotel percuma selama 3 hari 2 malam di Australia.
Ada juga live acapella band yang memainkan lagu dari meja ke meja. Boleh request lagu atau diorg akan mainkan pelbagai lagu dalam pelbagai bahasa. Bahasa Korea pun ada. Ada la lagu Gangnam Style versi acapella.
Makanan disebabkan buffet Hi- Tea, mostly dalam bentuk bite size bagi aku cukup bagus kerana elakkan pembaziran. Makanan yang agak best bagi aku adalah pelbagai bentuk spagetthi yang disiapkan di depan kita dengan pilihan udang, cendawan, kupang ikut kehendak sendiri. Pancakes dengan madu asli serta buah-buahan segar, mangga harum manis yang berlambak, pelbagai bite size sandwich dan roti jala bersama bubur durian. Bubur durian bagi aku perkara biasa tapi ini kali pertama aku jumpa makanan berasaskan durian dalam hotel.
Ada juga kopi pelbagai jenis dan disebabkan aku sekarang dah tak boleh minum kopi, aku pilih teh. Teh juga pelbagai jenis tapi aku try Single Estate Darjeeling yang amat marvelous. Kalau Ammar tak buat hal sebab dah mengantuk waktu tu pasti semua jenis teh aku cuba.
Servis pantas, pinggan dikemaskan secepat mungkin bila kita habis makanan dan segala masalah dan request diselesaikan dengan cepat dan attentive.
Yang menariknya ada juga gambar kita sekeluarga diambil dan dicetak di sana dan dihantar ke meja bila siap secara percuma.
Aku boleh katakan di sana pada waktu tu its a 2hour and half well spent especially with your family.
With great food, nice ambiance, top notch service pasti buat aku rasa nak datang kembali.

No comments: