8.6.13

KIL


  1. Secara pendeknya filem ini aku katakan bukan tipikal filem melayu biasa. Filem melayu biasa selalunya mengikut trend in semasa, contohnya jika seorang pengarah keluar filem rempit, semua pengarah keluarkan filem berkonsep sama. Filem ini lain dari yang lain. Against the norm of normal Malaysian film, aku rasa.
  2. Permulaan agak perlahan tapi kemudiannya pick up the pace. Bagi aku lakonan Redza Minhat baik, tapi biasa-biasa, cuma bila kemasukan Cristina Suzanne yang menaikkan mood cerita.Aku rasakan chemistry mereka berdua yang membuatkan cerita ini 'jadi'.
  3. Aku suka dengan konsep lakonan bersahaja, berlakon tanpa kelihatan seperti berlakon. Skrip yang dilontarkan nampak jujur. Walaupun kadang kala keluar skrip Inggeris, tapi masih boleh diterima. Ada banyak skrip yang dituturkan secara rojak Melayu dan Inggeris, itu memang normal. Cara bercakap orang Malaysia/Melayu aku rasa sekarang.
  4. Ada sedikit konsep flashback, twist di hujung cerita yang membuatkan cerita ni tidak berjalan lurus sahaja tetapi tidak terlalu memeningkan.Bagi aku setiap shot amat cantik, sedikit 'artsy' di situ. 
  5. Aku suka bila cerita berlatar belakangkan ibu kota kerana aku dibesarkan di sini. Segala tempat yang menjadi shot setiap scene kebanyakannya aku kenal dan boleh relate dengan keadaan yang cuba disampaikan.
  6. Terdapat watak-watak sampingan lakonan Hasnol Rahmat, Aidil, Jipie walaupun kecil tapi bagi aku memberikan kesan dalam perjalanan cerita.
  7. Plus point bagi aku cerita ini adalah pada heroinnya, cinematografinya dan jalan cerita yang lain dari lain.
  8. Aku malas nak cerita sinopsis sebab kalau google aje tajuk filem bersepah boleh jumpa.
  9. Aku nak komen panjang-panjang pun aku bukannya pandai review filem, nak ulas dalam-dalam ilmu langsung takde.  
  10. Bagi aku cerita ini enjoyable dan kena dengan minat aku dan ia merupakan RM9 yang berbaloi dibelanjakan di pawagam.
  11. Cuma persoalan terakhir, berapa ramai 'orang kita' akan menonton cerita sebegini?

No comments: