21.6.13

Makam Hang Tuah

Tahukah anda Makam Hang Tuah terletak di Tanjung Kling, Melaka?
Aku pun tak tahu sebenarnya, tapi semasa urusan kerja di Tanjung Kling beberapa minggu lepas aku terjumpa beberapa orang di Kampung Tanjung Kling yang menunjukkan aku kepada tempat ini.


Makam Hang Tuah ini betul-betul bersetentang Pusat  Kecemerlangan Koresional Malaysia milik Jabatan Penjara Malaysia. Kalau anda dari Banda Hilir terus bergerak ke arah Pantai Klebang. Atas sikit dari Pantai Klebang  merupakan kawasan Tanjung Kling. Makam ni terletak di sebelah kiri anda juga berdekatan dengan Masjid Tanjung Kling.

pintu masuk ke Makam
Batu tanda sebelum ke kawasan Makam

sedikit info dalam bahasa melayu

info dalam bahasa inggeris
quote dari Hang Tuah
Kawasan Makam
 Berdasarkan cerita orang-orang tua di kampung ini, mereka pada mulanya tak menerima bahawa ini adalah kubur Hang Tuah kerana terdapat versi cerita di mana Hang Tuah mati di Palembang dan kubur ini merupakan kubur ulama Islam dari India. Di bahagian depan bersebelah pintu masuk kubur ini memang terdapat kubur-kubur ulama dari India.
Walaubagaimanapun menurut versi pakcik tu tadi. Sebelum Hang Tuah mati dia ada minta dikebumikan mayatnya di Melaka. Disebabkan masa itu pemerintahan portugis dan mereka amat membenci Hang Tuah, mayat Hang Tuah di bawa balik secara senyap-senyap dan dikebumikan di sini tanpa tanda.
Aku tak pulak counter check kebenaran cerita ni dan semak betul tak tahun kematian Hang Tuah bersamaan dengan tahun pemerintahan Portugis di Melaka.
Menurut dia lagi, kajian ada di buat oleh ahli sejarah pada makam ini dah di dapati batu yang digunakan sama tahunnya dengan batu sezaman dengan tahun Hang Tuah mati yang menguatkan lagi teori ini makam Hang Tuah.
Sejak pada itu baru kebanyakan orang kampung di sana menerima bahawa itu Makam Hang Tuah.
Namun begitu masih ada skeptis yang tidak menerima kenyataan ini tapi bagi aku, kajian yang di buat oleh ahli sejarah ni aku percaya dan aku rasa ini memang Makam Hang Tuah.



No comments: