23.7.13

Diskriminasi

Kenapa bila terjadi sesuatu yang tak baik sbg contoh seseorang individu ditangkap tidak berpuasa, perlu disebut dia adalah penjawat awam?
Adakah ini bermakna pekerja swasta berpuasa penuh semuanya?
Bila terjadi kes tangkap khalwat pasti disebut, penjawat awam ditangkap khalwat.
Adakah ini bermakna pekerja swasta semua tak pernah berbuat sedemikian?
Bila berlaku kecurian terus dinyatakan, penjawat awam dicekup kerana mencuri.
Adakah ini bermakna pekerja swasta semuanya jujur tiada seorang pun yg pernah mencuri?
Kenapa bila berlaku sesuatu yang buruk perlu disebut pekerjaan?
Adakah pekerjaannya menentu sahkan yang individu itu jahat atau tidak?
Kenapa perlu diskriminasi?

No comments: