9.7.13

Kayuhan Nasi Lemak Ikan Keli v2

Setelah kayuhan versi pertama yang lepas, rasa nak repeat kali kedua memang ada.  Disebabkan Ramadhan bakal tiba dan aktviti sukan akan dikurangkan, Ahad lepas merupakan waktu paling sesuai untuk repeat route sama.


Jika dulu kayuhan berdua kali ni tambah lagi sorang. Kali ni yang join kayuh aku, Hasni dan Akramin. Penarik kayuhan ni adalah kedai jual nasi lemak ikan keli yang berada di Lenggeng. Kalau ikut dari tempat bermula iaitu Taman Pelangi Semenyih 2 jarak hanya 15km. Route santai kecuali ada satu kawasan dalam 5km yang aku panggil Bukit Manja. Bukit tak tinggi  sangat tapi manja2 je tinggi dia. Memenatkan tapi cukup sesuai kalau nak tingkatkan stamina.
Kayuhan ke kedai tu pantas, dalam 44 minit sahaja dalam mode santai. Yang lama adalah masa makan dengan berborak.Akhirnya Disebabkan kekangan masa tak dapat nak balik melalui Jalan Enam Kaki. Kalau lalu jalan tu pasti mileage bertambah.
Disebakan dari Taman tu ke Lenggeng tu melalui area Beranang yang merupakan kawasan kampung Akramin, so masa patah balik dia ajak lalu ke route Sasapan Batu Minangkabau. so dapat extra dalam 4km.
Next projek lepas raya plan nak lalu route Broga-Lenggeng-Jalan Enam Kaki- Semenyih. Route tu menghampiri 50km dengan bukit yang boleh tahan banyak dan yang pastinya cuaca yang amat panas.
So Ramadhan ni kene selit-selitkan aktiviti kayuhan santai lepas tarawih.

apa motif letak gmbar sambal ikan keli dgn sambal ikan bilis dalam post kayuhan?

carbo load katanya

Hasni

Akramin di belakang

dari depan (kepala, Hasni, Akramin)



total ride


No comments: