Kayuhan ke LCCT datang lagi. Pada hari biasa Jumaat malam Sabtu Kali ini dengan lebih ramai cyclist. 27 orang kali ini turun mengayuh dan seperti biasa hanya aku seorang sahaja yang mula dari Shell Kota Warisan. Mula dari Kota Warisan aku hanya dapat separuh dari 77km total mileage, rasa rugi tapi disebabkan faktor keluarga terpaksa lepaskan. Takpelah yang penting dapat juga kayuh dari tiada langsung.
|
info kayuhan di sini |
Kali ni berjaya ajak Hasni untuk join skali. Dia sebenarnya dulu yang ajak aku kayuh ke LCCT tahun lepas sebagai permulaan training dia untuk Jamboree. Sejak di pindah ke Semenyih susah nak turut serta disebabkan faktor jarak dari Semenyih ke Putrajaya. Dia sebagai rider power berjaya tamatkan 77km kali ni.
|
Aku dan Hasni |
|
27 rider termasuk jurugambar |
|
|
Lebih banyak gambar ada di FB salah sorang rider
Abg Joy Saidin.
Keesokkannya, aku mengajak kawan-kawan
STC untuk kayuh santai di Putrajaya selepas tarawikh. Macam recovery ride selepas kayuh laju malam sebelumnya. Yang confirm awal,
Syed Akramin kawan sekolah lama aku yang mula berjinak-jinak dengan MTB tahun lepas. Ada juga pujuk-pujuk yang lain tapi macam takde respon. Akhirnya ada 2 orang lagi yang join iaitu Wan dan Boy.
Wan hampir 1 tahun lebih stop mengayuh sebab kumpul duit nak kahwin dan baru sahaja sebelum puasa tu kahwin.
Boy dah lama tak kayuh sekali dan last kayuh bersama dalam bulan Mac.
Putrajaya tempat yang menarik nak kayuh santai kerana kawasan yang agak tenang dan kurang trafik. Boleh dikatakan selamat tapi pastikan mengayuh di kawasan core island sahaja. Keselamatan di luar core island jika mengayuh seorang tak boleh dijamin.
Akhirnya dapatlah lebih 36km pada malam tu. Kayuhan santai yang bermula di Dataran Putrajaya, pusing di sekitar core Island dan akhirnya kembali ke Dataran Putrajaya.
|
dari kiri, Syed Akramin, aku, Wan dan Boy |
Gambar di atas ni berjaya mintak sorang awek tolong ambilkan sebelum di halau oleh guard Dataran Putrajaya kerana malam dah lewat.
In the end, it was a good santai ride dan mungkin boleh dibuat bersama setiap 2 minggu sekali.
No comments:
Post a Comment