- Dalam cerita ini robot dipanggil Jaeger dan raksasa dipanggil Kaiju. Jaegar dari bahasa jerman manakala Kaiju dari bahasa Jepun.
- Satu filem yang hebat terutama efek yang hampir keseluruhan menggunakan CGI, skor bunyi dan lain lain. Ada juga kadangkala bila guna CGI nampak terlalu 'computerish' bila berkaitan dengan objek2 selain robot dan raksasa seperti kereta,jambatan dan lain-lain.
- Jalan cerita bagi aku biasa-biasa. Guna standard biasa, diserang-hero wujud-hero kalah-hero bangkit semula dan menang.
- Skrip bagi aku pun biasa aje cuma skrip2 seperti menaikkan semangatlah.
- Bagi aku orang yang pegang watak hero bernama Raleigh Beckett iaitu Charlie Hunnam cara dia berjalan, bercakap, ekspressi marah, emosi lebih kurang sama dengan lakonan dia dalam drama Son Of Anarchy iaitu watak ketua gangster Jax Teller.
- Heroin Rinko Kickuchi yang bawa watak Mako Mori, biasa-biasa aje. Mula2 nampak introvert akhirnya nampak menyerlah aje.
- Jaeger kalau ikut promo sebelum filem keluar nampak banyak tapi bila dalam filem hanya beberapa je guna seperti Jaeger milik hero Gyspy Danger dari USA, Striker Eureka dari Australia, Cherno Alpha dari Russia dan Crimson Thypoon dari China.
- Semua Jaeger ni ada kehebatan sendiri yang diterangkan oleh watak Stacker Pentecost yang dibawa oleh Idris Elba tapi bila lawan senang pulak nak rosak dan hancur kena dengan Kaiju.
- In the end Gyspy Danger gak yang setelkan semua walaupun kaki satu dah cacat dan tangan sebelah dah putus.
- Kaiju ni dibezakan dengan kategori gred berdasarkan saiz seperti kategori 1,2,3,4 dan 5. Setiap Kaiju yang keluar ada code name macam Daggerhead dan Jaiju tapi disebabkan hanya disebut sekali sahaja dalam filem bila Kaiju tu keluar dari laut so nama tu terus xingat.
- Yang agak pelik dalam cerita ni bila Jaeger berkumpul di Hong Kong kerana Kaiju keluar dari laut dekat Hong Kong. Sedangkan sebelum ni Kaiju ni ada di mana-mana tempat.
- Yang tak logik adalah bila Beckett boleh bertahan tanpa oksigen, siap boleh bercakap lagi bila nak letupkan Jaeger dia. Siap sempat letupkan, masuk escape pod yang kemudiannya mati.
- Seperti biasa dalam feel good movie, hero xboleh mati. Jadi tiba-tiba hero boleh bernafas balik walau dah lama xsedarkan diri akibat kurang oksigen dalam escape pod tu.
- Walaubagaimanapun secara keseluruhan aku rasa cerita ni best dan kalau diberi peluang aku nak tengok dalam bentuk 3D plak. Pasti lebih hebat.
20.7.13
Pacific Rim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment