5.7.13

World War Z


Berkesempatan untuk menonton filem ini sebentar tadi. Bertemakan perkara yang paling 'in' sekarang iaitu zombie dan daya tarikan dari Brad Pitt.
Cerita yang menarik, penuh aksi dan skor muzik yang hebat. Umpama pengembaraan seseorang dalam mencari penawar virus yang menjangkiti dunia.
Aku bukan nak bercerita pasal filem ni tp berhubung satu babak yang bagi aku penuh propaganda.
Dalam filem ni, Israel berjaya menghalang penyebaran virus dan serangan zombie ni kerana mereka mempunyai tembok tinggi, seperti yang mereka lakukan sekarang di tanah Palestin yang mereka ceroboh.
Dinyatakan juga yang mereka sebenarnya dapat mengagak serangan ini kerana tembok yang mula dibina berpuluh-puluh tahun dulu siap sebelum serangan virus dan zombie.
Di sini adalah satu part progpaganda yang amat bullshit dan propaganda ini ditayang diseluruh pelusuk dunia. Disebabkan Israel mempunyai tembok tinggi dan zombie tak dapat untuk masuk, mereka mula membenarkan rakyat luar masuk ke negara mereka. Siap dikibar-kibarkan lagi benda rakyat yang berjaya masuk dan yang menerima bantuan Israel itu.
Filem adalah satu alat propaganda yang hebat dan dalam filem ini ada juga niat cuba 'menyucikan' Israel dengan menonjolkan kebaikan mereka dengan sedikit jalan cerita yang disampaikan. Babak di Israel tidak panjang. Mungkin dalam 10 ke 15 minit dari keseluruhan cerita tapi ia disusun dengan kemas hingga Israel  kelihatan amat baik di dalamnya.

1 comment:

a visitor from Abu Dhabi said...

Hah.. aku pun tgk semalam.

Scene Israel sinis. Israel digambarkan berbuat baik jika kebaikan itu menguntungkan Israel. One man we save is one less enemy we'd face, kata si Mossad kpd Brad.

Dan kerana nyanyian kesyukuran rakyat Israel, tembok yg tinggi dan niat yg baik tak dapat mengekang serangan zombie.