17.1.17

Number Two

Ia merupakan satu penantian yang amat lama. Jarak Ammar dengan no 2 adalah 8 tahun. Apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah kerana doa aku dan keluarga untuk anak kedua dimakbulkan. Banyak liku-liku dalam urusan no 2 ni. Dari menunggu 8 tahun, kene bersalin secara pembedahan, kegusaran menunggu di luar bilik bedah hingga la keluar hospital. Aku bersyukur semua urusan dipermudahkan. Alhamdulillah  hari ni dah berusia 2 minggu. Urusan pendaftaran kelahiran pun dah diselesaikan semalam. InsyaAllah akan dibesarkan dengan penuh kasih sayang seperti mana Ammar dibesarkan.
Selamat datang Aliff Hafiy!



No comments: