1st two edition aku tak join atas sebab gentar. Kerana dah sedia maklum trail kemensah tu camne. Kena pula pengalaman Jamboree Melawati yang melalui trail yang hampir sama pada permulaan jadi aku dah bleh jangka trail ni amat tough.
This year baru ada keberanian nak mencuba. Jadi register 18km terus sebab kononya nak merasa air sungai. Dah register wajib pula racun kawan2. Syukuar ada juga yang masuk register kategori sama.
Register event ni dalam tahun lepas bulan 12 rasanya. 5 bulan tunggu untuk sampai di hari kejadian. Di punya lama sampai momentum sukan pun dah takde. Cuma dua bulan sebelum event je bila dah kene darah tinggi baru ada kesedaran nak berlari balik. So Alhamdulillah dapat la gak mileage sket2 sebelum event.
Seminggu sebelum event lutut kiri buat hal, mungkin sebab too much use sebab nak cari fitness last minit. Tapi aku tabahkan diri je.Time event kang sakit lutut DNF je.
Aku hanya amik racekit time pagi sebelum flag off je, so kene datang awal. Jadi parking pun dapat dekat juga. Urusan selesai terus ke starting line. Tak sempat nak tgk 50km flag off, hanya dapat tengok 30km je.
Flag off utk 18km memang cun pukul 7 pagi. Lari macam biasa. Time tu Yukhaimi dah kat depan dan Uncle ada belakang. 1st km mula rasa sakit sket kat lutut. Cuba layankan aje. Lepas 2km road mula masuk trail dan terus naik bukit. Time tu rasa pedih habis lutut kiri. Time la perasaan nak DNF tu kuat habis. Setiap langkah sakit. Terfikir dalam hati awal lagi nak sakit kaki ni tak sampai separuh pun route lagi.So aku terus decide untuk jalan kaki je. Kalau ada rezeki dapat la habis sebelum cut off time.
Dalam KM ke 6 macam tu baru la rasa sakit tu beransur hilang dan mula lari sket-sket. All the way tu trail memang kejam sebab ada bukit pacak dan downhill meruntun jiwa tapi masih bleh handle lagi. Time tak leh handle masa u-turn kat Lubuk Tedung. Masa tu dah lintas sungai ke tpt u-turn dan lintas balik sungai sama utk patah balik ke starting line. Bila dah penat, kasut basah, trail lunyai oleh runner depan yang laju time tu aku rasa bonk habis. Sepanjang perjalanan hanya berjalan aje. 2 part je aku berlari iaitu ketika nampak photographer dalam trail dan dah sampai ke road which means lagi 2km nak ke finishing line.
Area sebelum ke Lubuk Tedung tu, aku pun dah lupa apa nama dia ada cekpoint untuk timing dan ada limau dan kurma. Makan sket untuk tambah tenaga. Time tu rasa happy sket la sebab mood dah naik so aku cuba la nak lari . Tapi kejap je la semangat tu, pastu rasa azab balik.
Time nampak jalan raya tu semangat bai nak lari, cuma tak laju la , auntie cina mana ntah bleh power walk potong aku mana tak down. Tapi aku teruskan juga sebab dah panas. Lagi lewat sampai lagi panas cuaca nanti. Lari pun berenti berenti je ikut larat dan cuma push bila nampak kanopi kat simpang finishing line tu.
Dia punya semangat ala2 kejar podium, habis 4 orang aku potong time tu. Aku mengharapkan ada photographer event di kat finishing line tu baru la nampak hebat potong 4 orang. Malangnya takde langsung, menyesal pecut ala2 laju.Puuuuiiii.
Sampai je amik medal dan benda pertama aku nak buat adalah cari tempat nak duduk. Seksa sungguh nak habiskan laluan ni. Bila u-turn tu bagi aku more to mental torture berbanding fizikal. Bila mental koyak, fizikal habis koyak rabak Ditambah pula dengan trail dah lunyai sebab track basah, kau pun kira hujung2 dalam peserta yang masuk memang teruk la rasanya nak habiskan.
Timing jam aku dalam 3 jam 28 minit. Official timing dari penganjur adalah 3 jam 33 minit 22 saat. Extra timing tu adalah beberapa tempat aku berhenti amik gambar.
.
Apa yang aku boleh kata Kemensah defeated me last week. Rasa sakit masih hingga ke hari ni aku rasa. Haha. Kata isteri aku, Padan muka sapa suh lari cari penyakit. Lutut kiri pun masih kong. Trail ni amat tough dan mereka yang masuk 50km tu amat berjiwa kental. Aku sendiri yang 18km ni pun amat terseksa.
Next year? Bring it on! tapi 5km fun run aje. Aku register tahun depan pun sebab cendol dengan nasi lemak sedap je, menyampah aku trail susah2 ni. Huhu.
Jokes aside. Aku rs ada beberapa kesilapan utama aku dalam event ni dan yg plg ketara adalah 2.
1. Tak pakai kasut yang sesuai. Bajet takde so aku pakai kasut lama yg tapak hampir haus. Kene plak trail hancur menyebabkan aku guna more energy utk naik dan turun bukit which memenatkan aku sebelum u-turn.
2. Borderline stupid - crazy dengan meneruskan larian walaupun kaki tak berapa ok. Its evident utk 3km pertama dah mula suffer dan refusal utk DNF sebenarnya memberi kesan pada larian dan kaki.
Lesson learnt. Try harder next year.
4 comments:
tahniah tahniah..anda memang kental
mengejek ke apa ni? mentang2 la aku msk 18km je
Kasut memang main peranan. Kalau lugs tak sesuai memang climbing tu mcm tak dapat solid footing. Tu yang muscle kaki kerja dua kali ganda. Anyway congrats. Tahun depan training awal 30km boleh tu. Tempat training bukit2 banyak dekat-dekat nilai hehe.
xyah la kau nak meracun aku masuk 30km. tunggu aku repeat improve timing 18km dulu. xpun tahun depan aku fun run 5km je #comeforthecendol
Post a Comment