5.5.17

Serintin Charity Run 2017

Telah menjadi satu trend sekarang di mana ada beberapa syarikat yang nak memperkenalkan satu produk dengan menggunakan aktiviti larian atau basikal. Event ni juga tak berkecuali. Dibuat di kawasan perumahan yang sedang dibangunkan dan dinamakan Serintin. Lokasi terletak in between Mantin dan Beranang.
Anyway aku takde masalah jika diorg nak gunakan lari atau basikal utk promote produk dengan syarat ianya murah. So dengan fee RM20 utk 10km bagi aku sangat berbaloi. Kau dapat baju Vomos, bib, Finisher Medal, string bag dan lucky draw. 

Since event ni less than 10km dr rumah aku jadi amat sesuai kalau aku register.
Flag off 7.15 pagi betul2 lepas hujan berenti sejak 3 pagi tu. Ada perkara kelakar yg jadi masa flag off di mana runners semua mula berlari sebaik sahaja fireworks which is not the original plan. Perancangan penganjur pada masa tu adalah flag off selepas fireworks tamat.
Jadi la kalut sedikit masa tu. So semua dah lari, simpang tak sempat nak dijaga oleh Marshall atau polis. Laluan ke pekan mantin yang sentiasa sesak juga amat membahayakan.
Time pusingan U utk kembali ke starting line baru aku nampak polis dan lain2. Haha. Actually aku pun tak tau kejadian ni sehingga diberitahu kawan lepas event. Gelabah juga organizer nak kejar orang depan. Nasib baik sempat pecut dengan motor. 


1st 5km aku pace agak laju dalam 6.30. Takde masalah sangat nak maintain cuma 2nd part nak habiskan lagi 5km tu bagi aku sedikit azab. Dengan sedikit incline dan badan mula lemah, pace terus jatuh ke 7.00.


Ada juga beberapa part stop lari dan jalan untuk ambil nafas. Akhirnya habiskan larian dalam masa sejam tujuh minit. Not my PB dan not PW either. Lagipun tak cecah 10km route ni. Xpa la. Plan event ni pun sbnrnya saja nak dptkan Mileage untuk KOKK bulan Mei.

 
Aku tak lepak lama, after 2 bungkus nasi lemak dan beberapa cawan air aku balik. Tak tunggu Lucky draw sebab tau tak bertuah. 



Anyway aku doubt organizer akan buat lagi event ni kat sini sebab niat asal lebih kepada promosi taman perumahan, apa2 pun aku have fun dengan larian dan rasa amat berbaloi dengan harga. 
Kudos to the organizer dan developer atas penganjuran event ni.



No comments: