17.8.17

Life Lessons

Last month aku berkesempatan temuduga seorang calon untuk satu jawatan di sebuah daerah negeri di bawah bayu.

Jawatan pemandu. Apa yang mengagumkan aku adalah dia ada sijil larian penuh satu fail. Dari fun run hingga la full marathon. Naik Kinabalu dah 4x.

Yang paling mengagumkan aku adalah dia boleh achieved semua tu dengan hanya 2 jari di kaki kiri dan 2 jari di tangan kiri.

Rekod terbaik FM dia adalah sub 4 hours. Even aku yg cukup sifat pun tak berani nak FM. Since aku pun lari gak sikit2 so kongsi la cerita dgn dia.

Yang buat aku teringat nak tulis di sini adalah bila nampak update org lari Jesselton 57km dan 100km. Dia masuk kategori 57km paling jauh setakat ni buat dia.
Aku gigih juga cari gambar dia tapi tak jumpa. Memang aku ingat muka dia hingga hari ini.

Hebatnya manusia dan kuasa tuhan, walaupun tak cukup sifat tapi masih mampu buat perkara yang mengagumkan.

In the end of the interview aku rs bukan dia yg dpt sesuatu dr interview tu tapi aku.
Its mind over matter in overcoming your hurdles in life.

No comments: