7.8.17

Men's Health Women's Health Night Run : #ValetLari

Aku berlari atas bib sepupu aku Azran sebenarnya. Dia register event PJ HM juga pada keesokan selepas event ni. Disebabkan event ni malam so aku rasa rest akan less than 12 hours so dia minta aku lari bagi pihak. 
Event ni pada asal adalah di Presint 3 Putrajaya kemudian terpaksa switch disebabkan ada event Felda pada hari yang sama. Lokasi terbaru adalah di MAEPS Serdang. Haru juga nak lari ke event ni disebabkan masih mood syawal dan terpaksa memenuhi 2 jemputan rumah terbuka. So in the end aku memang tak rest sebelum ke event dan perut amat penuh dengan makanan.

Sampai just nice time Maghrib. Lepas solat terus ke starting line. Flag off tepat pada 8.05 mlm. Rasanya sapa yang biasa kat MAEPS tau bahawa laluan berbukit. Aku rasa bukit of lagi cuma laluan untuk event ni berkonsepkan loop. Kene guna laluan sama min 2 kali sebelum ke finishing line.


A part of it aku rasa amat mental bila buat loop. Pertama kau dah tau jalan yang kau dah lalu. Pastu terbit rasa bosan akibat laluan sama. Untuk event ni ada certain parts kau akan bercampur dengan pelari 12km. So laluan yang bosan menjadi panas dan sesak pula akibat bercampur kategori. Masuk ke area finishing line baru 12km dan 21km dipisahkan di mana 21km perlu buat satu loop lagi dalam area MAEPS sebelum habis.


Personally aku rasa ok lari walaupun kurang rest dan makan banyak kecuali dalam KM ke 7 ada krem perut dan rasa nak muntah. Pace pun aku maintain je all the way disebabkan tak nak ulang kesilapan lama masa Nilai HM. Push awal kemudian bonk all the way. Last 5km aku rasa body dah lemah sket tu tanda weak core muscle. Nasib baik bawa ISO gel boleh la buat makan untuk push habis. Event ni pun xde bagi pisang kat water station seperti event-event lain.


Official time aku untuk event ni adalah 2 jam 39 minit 01 saat.. Dari Garmin 2 jam 38 minit 09 saat. Maksudnya dalam seminit gak la aku nak melintas starting line tu sebelum mula. Goodies event ni hanya dapat bila kau dah habis lari. Nasib baik la tak beratur panjang. Habis lari aku tak tunggu lama. Ambil gambar 2-3 keping terus balik sebab dan terlalu mengantuk dan penat.






No comments: