2.10.17

2XU Compression Run 2017 : Bonk Kaw Kaw

Aku mulakan kisah ini dengan memohon maaf kepada Amin sebab gagal dalam misi sub 2.30 disebabkan bonk kaw kaw di hari kejadian.


Actually event ni aku hanya buat #valetlari bagi pihak kawan yang ke event tri kat Iskandar Puteri, Johor. 2 days prior, Jumaat adalah Cuti Awal Muharram, aku dgn Yukhaimi naik Gunung Dato kat Rembau. Akibatnya sepanjang sabtu peha aku sakit2. Aku bantai gak lari ahad tu di 2XU Compression Run.

Flag off ikut wave yang berselang 10 minit. Disebabkan aku cari parking bleh tahan lama so aku di wave ke tiga. Di belakang aku masih ada lagi yang tak lepas walaupun dari program hanya ada 3 wave je untuk HM.

So laluan ni menggunakan route Bukit Tunku yang semua tahu amat tough. MC sendiri pun ada kata "the route is extremely hilly". Permulaan pun dah bukit. Laluan mostly hampir sama macam event2 lain di mana akan lalu Wisma LPP, Bank Negara, Kenny Hills, Bukit Jabatan Pendidikan WPKL, Bukit Datuk Bandar. Fuhh memang seksa nak habis.

Certain seksyen pada laluan amat gelap tanpa lampu jalan tapi ada volunteer yang jaga kawasan tu. Dari segi traffic control amat baik sebab semua tempat ada volunteer walaupun ada tempat gelap. Waterstation pun banyak juga cuma yang tak banyak adalah air kosong kat setiap water station tu. Aku hanya minum di 2 waterstation awal aje dan selain tu aku tak minum disebabkan air kosong dah habis, Hanya ada air Lucozade je disediakan. Aku sejak insiden di Broga Trail Run di mana cir bir sebab minum air tu memang aku tak sentuh dah. Tak sanggup. Kot aku kene cir bir time lari ni mana nak cari jamban kat area Bukit Tunku ni?

Organizer gak tak sediakan surau sementara di sepanjang laluan so ikut2 pandai kau la nak solat mana. Tempat solat takde so konfem tempat amik wuduk pun takde. Air kosong habis so xkan kau nak amik wuduk pakai lucozade? Nasib baik ada gak apartment yang ada guard house di laluan. So aku tumpang amik wuduk dan memerut kat sana je.

Part awal2 aku tahan dan bleh hadap lagi bukit dia. Kat bukit sebelah JPN WPKL aku dah muak habis. Mental down gak sebab tak dapat air so aku jalan je dari bawah sampai atas. Bukit Dato Bandar pun aku lari separuh je. Mental gila lari tak minum air.






Mood nak berlari balik naik pun sebab dah masuk jalan di mana ada rumah PPTD dan kau keluar kat Tugu Negara kerana aku tau memang dah nak sampai. So masa tu la cuba push setakat yang ada untuk ke finishing line. Sampai finishing aku tak tunggu lama, amik medal dan baju, pisang dan air terus jalan balik.



Racesite hambar nak mampus. Xde pun van milo, cereal ke atau sediakan sarapan lain. Dah la event mahal tapi kedekut nak mampos! Yang ada food truck je. Dah fee mahal suh plak beli makanan kat racesite. Taik la kau! Sepanjang laluan takde disediakan pisang atau sponge macam event HM lain.

Event ni macam self supported event la, kau lari sendiri bawa air sendiri cuma dijanjikan baju lari, baju finisher dan medal je. Kot sapa nak masuk tahun depan baik kau lupakan je la kecuali kau jenis tak kisah bayar mahal tapi tak dapat apa.



Route superb tapi penganjur kedekut. Penganjur hanya belanja bukit tapi kedekut nak belanja air, sarapan dan lain.

No comments: