31.10.17

Sunway The Good Run : Lari Atas BRT

Event murah, goodies bag mewah, medal besar, baju berkualiti dan penuh jurugambar. Pakej terbaik setaka ni untuk event yang aku pernah join sepanjang 2017.  Best part adalah all of your fee akan masuk ke charity tak seperti event lain yang charge rm70 utk 10km dan kemudian hanya 10% je masuk ke charity.




Tq kepada Ruz yang sudi mengambil racekit. Gerak pagi ahad tu pun dengan dia. Just nice sampai time subuh. Parking free disediakan di Sunway Geo. Solat tepi kete dan terus ke starting line. Perancangan flag off adalah pada jam 6.30 pagi tapi entah nama delay. Time tu runners dah banyak buat bunyi sebab tak dilepaskan lagi. So 6.50 pagi baru flag off. Laluan  dimulakan dengan lalu di kawasan kediaman kat Sunway. Lalu la tepi North Quay yang ada bekas kuari dan di convert jadi tasik siap ada kapal layar dengan bot lagi. View yang menarik. Sepanjang kat road tu aku terikut-ikut dengan rentak orang lain hingga aku lari agak laju pace 6.30. Ini menyebabkan aku mula penat, hilang nafas pada KM ke 3 sebelum mula naik BRT.




Sebelum event tu aku tertanya camne penganjur nak buat naik dari jalan biasa ke BRT. Rupanya perancangan diorang adalah naik ke BRT. Kepada yang tak tau BRT ni merupakan Bus Rapid Transit di mana ada elevated highway untuk kegunaan bas. So penumpang bleh bergerak dengan mudah menggunakan pengangkutan awam kerana lalu tak sama dengan laluan biasa. Ada beberapa stesen di kawasan strategik di main area Sunway tu. Laluan tu tak panjang pun aku rasakan dalam total 10km++ sahaja.

Anyway aku masih tak dapat amik nafas lepas naik ke BRT tu. At certain point aku siap jalan kaki tunduk kepala ke bawah lagi kepenatan di kala semua yang lain masih berlari. Ruz time tu pun dah jaaaaauuuuuuhhh meninggalkan aku. Dalam KM ke 4 tu lutut aku dah mula sakit balik. Bila sakit terus aku gelabah jadi risau tak leh lari event bulan 11. So aku cuba la lari sket bila boleh dan jalan kaki bila dah penat dan lutut sakit. 





Begitulah kisahnya dari KM ke 4 sampai penghabisan. Aku lari mostly bila nampak photographer je sebab dah kantoi satu gambar time awal2 tu tengah berjalan tunduk bawah. Kah kah kah. Lepas 10km aku rasa paling teruk di mana aku berjalan dalam 4km kot dan hanya lari hujung2 tu je .Itu pun sebab dah nampak finishing line. 







Apa-apa pun syukur banyak jurugambar kat finishing line termasuk Ruz. So banyak la gambar aku. Hahaha. Tak tunggu lama pas event. Duduk jap , bergambar dengan Pijan  dan terus balik. Lepas tu ada kenduri. Huhu.

Event ni tak la teruk berbanding Newton Challenge tapi lutut langsung tak beri kerjasama. Risau betul sebab masa amat suntuk sekarang. Ni timing paling teruk aku untuk 15km. Target asal aku adalah below 2 jam dan hasilnya tersasar dari jangkaan. Huhu. Menyedihkan.

No comments: