3.11.17

Trail Bukit Kepayang : 2nd Round

After the first trip di mana aku main belasah je laluan depan mata, aku mencuba pula laluan lain untuk naik ke atas. Permulaan masih di tempat biasa iaitu di belakang Kepayang Heights. Kemudian menaiki Banana Way. Selepas Banana Way ada laluan yang buat jantung aku berdegup kencang iaitu Super Way. Kali ni aku cari laluan mudah sket which is di sebelah kanan Super Way tu. Lebih mudah sebab tak pacak sangat. 
Anyway time lari ni juga aku jumpa port paling baik nak tengok matahari terbit dan view yang superb. Tapi agak menggerunkan la sebab hujung tu gaung.. Kok jatuh konfem mampui.

tu ha port dia. ada 2 orang tengah duduk sana time tu


Aku ada nampak banyak lagi laluan lain yang bernama cuma tak berkesempatan nak mencuba disebabkan dah janji dengan bini nak bawa di ke kedai makan pastu. Haha. 
Aku tak banyak pengalaman naik trail tapi bagi aku route ni paling senang la berbanding Bukit Melati dan Bukit Broga.
Anyway enjoy the latest picture.








No comments:

Benda Aku Benci 20 : Humble Brag

Bila dibuat secara berpada-pada its fine. Bila nowadays people are overdoing it and most of them feels it ok to do it on daily basis, for ...