27.11.17

Melaka Ultra : The End

Aku mulakan kisah Melaka Ultra (Matra) ni dengan satu tweet aku di Twitter.

" I put my knees to so much abuse this year. So I plan to stop now."

I once ada tulis satu post di mana aku tak suka org pressure aku untuk ambil distance higher sebab aku dapat rasakan yang lutut aku tak bleh tampung distance tinggi-tinggi.  Aku juga tak suka bila aku disuruh untuk ambil certain distance yang aku tak selesa tu dan aku nak jika aku ambil certain distance tu adalah disebabkan aku yang nak dan bukan disuruh orang lain.


So for this event and this distance, aku yang initiate nak join atas dua sebab:

a) event sebegini ada ample COT which aku rasa tak membebankan. Pada asalnya aku menjangkakan 12 jam untuk 50km, kemudian organizer annouce 9 jam untuk 50km which bagi aku doable since aku perlu survive 5.56km untuk setiap jam untuk finish within COT.
b) kaki dan lutut setakat time register tu tak pernah buat masalah.

Dengan 2 sebab ni aku rasa amat yakin dapat selesaikan within COT. So most of the time aku habiskan masa dengan berlari. Basikal aku masih kayuh dengan mileage 50km per month kecuali last 3 month memang aku tak berkayuh langsung. Larian aku cuba tingkatkan mileage per month dan last 3 month memang aku push hard untuk dapatkan more than 100km dalam sebulan. Ini juga menyebabkan aku takde masa nak kayuh basikal.

Banyak juga drama sepanjang tahun ni antaranya ditinggalkan kawan-kawan basikal mungkin disebabkan hobi dah tak sama lagi, diperlekeh orang sebab jilat ludah sendiri katanya amik distance lebih dari HM, dijadikan bahan jenaka, diburuk2kan nama dan sebagainya. Mulanya aku terasa juga tapi in the end aku buat tak tau je. So i accept semua tu as it is dan move on.

This month actually aku rasa quite solid untuk hadapi Matra. Dengan mileage yang agak generous for the past the month aku rasanya mungkin aku akan kurang suffer time event. Sebab as usual, target aku finish within COT. 1 week before event, organizer finalize details untuk Matra dan yang mengejutkan aku suddenly ada COT pada satu CP di mana utk kategori 50km akan uturn.

Bagi aku letak COT tu tak mengejutkan sebab event lain pun buat perkara sama cuma untuk achieve 3 jam 30 minit untuk 1st 25km before u turn tu bagi aku amat menakutkan it your push too hard selepas u turn tu kau akan suffer. Aku rasa too late untuk tarik diri so aku kata cuba aje utk 25km tu dan kalau kene DNF sebab tak lepas COT tu kira bukan rezeki.



Fast forward to beberapa jam sebelum flag off. Aku hanya sampai sana 5 jam sebelum event carpool dengan Zaidi. Straight away ke Dataran 1Malaysia Klebang utk kutip racekit dan terus singgah makan.  So dalam 10pm macam tu baru dapat berehat. Plan asal adalah nak tido kat masjid tapi dah kat masjid mata xleh lelap. Kat masjid tu ada aku, Yukhaimi, Zaidi, Jax dan Akob aje so terus buat persiapan dan jam 12 dan kat flag off area.




Few minutes sebelum flag off organizer buat breifing sket sebab ada beberapa insiden pada kategori 160km dan 100km. So yg dimaklumkan adalah kene pastikan pandai cari jalan sendiri sebab signage dan marker kene curi, lari melawan arus bg keselamatan dan yang paling menyeronokkan adalah COT untuk 25km dia naikkan jadi 4 jam. Part ni utk orang slow macam aku memang melegakan.


Flag off tepat jam 1 pagi, Seperti biasa di mana2 event lain Jax, Yuk, Jedi akan memecut di depan. Time tu tinggal aku dengan tedd je. Dari Flag Off ke 1st CP aku terkiasu sket dengan gatal2 pace 7.30. Singgah jap kat CP untuk seteguk air dan sepotong tembikai dan continue lari. Time ni aku slow down sket pace ke 8 utk target sampai 2 jam pada CP2. Aku sampai kat CP2 off beberapa minit je dari 2 jam which bagi aku still ok. 

Untuk bergerak ke CP 3 iaitu point of u turn, aku dah sedia maklum dari graph elevation profile dari organizer akan ada turun naik bukit. Jadi aku kene mengadap laluan ni sebanyak 2x kerana ada u turn. Part CP 2 ke CP 3 bagi aku paling teruk . Azab nak habiskan 20km kat situ. 1st 10km tu bagi aku ok lagi. Sempat gak push sket dalam 4 km sebelum sampai CP 3 tu. Sampai sana lepak2 jap dengan Yuk, Zaidi, Tedd bergambar, makan, refill sebelum u turn. Aku plan tak nak rehat lama-lama sebab nak save time dan elakkan badan sejuk.


Part sini aku rasa permulaan azab aku, 1st 2km bagi aku ok je suddenly boom! sakit lutut menjengah kembali. Dia datang tanpa hi, dia terus tangkap habis. Setiap kali nak bengkokkan lutut terasa sakit depan, kiri, kanan dan belakang. Pada time tu aku decide nak  jalan kaki je. Masa tu Tedd dah tinggalkan aku. Jedi dan Yuk di depan pada waktu tu tapi aku dapat kejar juga sebab diorg pun mode berjalan. Yuk sakit ankle dan jedi sakit lutut. Memang pakej terbaik kali ni.

At certain point aku dah jalan lalu melepasi Yuk dan Jedi dan berjalan sorang aje. Aku dah level jalan terhuyung hayang dah sebab terlalu penat dan kaki terlalu sakit. Time Yuk dan Jedi potong aku, aku minta diorg tak tunggu aku sebab aku takut aku pengsan atas jalan. Syukur tak jadi apa-apa time tu. 

Diorg decide nak solat kat Petronas 500m sebelum sampai CP 2, tapi aku nak teruskan sampai CP sebab nak medic tgk kaki. Dapat la letak minyak panas, refill air, makan roti dan tembikai kejap sebelum aku ke depan sket cari surau nak solat. Sakit yang hilang tu tahan kejap je time ubat panas masih terasa. Lepas tu sampai balik.





Time ni juga Ruz datang melawat memberi kata2 sokongan dari dalam kereta. Sempat di turun kete amik gmbr sekali. Cuma agak kecewa dia tak bawa makanan. Kah kah kah. Ptt dtg bawa la nasi lemak sambal sotong baru la power. Naik sket mood time tu.

Aku keep on track with time masa tu sebab anggapan aku as long as aku try to finish every 5km within 1 hour aku akan sampai before COT. DNF was never an option sebab aku rasa aku dah invested too much on this event dari segi duit, masa, tenaga, emosi, kene tinggal kwn dan lain-lain. Bagi aku keep moving forward and you will reach the finish line. Susah sebenarnya nak push mental mengatasi 'kehendak' DNF tu sebab most of the time aku berlari sorang aje dan hanya a few times potong orang dan dipotong orang lain.


Time tu aku decide untuk mesej bini dan saja update perkembangan aku. Sebelum tu aku ada mesej je bagitau lokasi dan distance kepada dia takut di risau kerana aku tak pernah try distance ni. Dia kata " jalan je yang penting habis". So pada CP1 lepas rest, refill, refuel aku continue jalan sambil berbual-bual dengan brader ni. Hilangkan mood penat.

Time tu aku decide untuk push as mush as you can sebab ada baki 5km lagi dan kejar seberapa ramai orang yang ada di depan aku selagi boleh. The goal at the moment was to finish strong. Manage to potong a few and run straight towards the finishing line. Paling penting sebelum ke finishing line adalah mesej tedd supaya di tunggu amik gmbr aku. Haha. Apa guna sampai tapi takde gambar finishing line sebab sampai tua nak tengok gambar tu.




Credit to a few yang dah sampai awal dan duduk di tepi-tepi laluan tu dan bagi sokongan ke finishing line. Rasa amat bersemangat nak habis. My official time is 8 jam 31 minit 41 saat. Beza dengan garmin sebab ada few time aku pause jam bila kat CP.

The sign of relief plus happy tak boleh digambarkan time ni. For orang macam aku, saiz mcm ni dan dengan masalah lutut lagi dapat habis rasa amat bersyukur. Nampak tak pada permulaan ayat sebelum ni aku tulis RELIEF dulu sebelum happy, aku memang relief the suffering is over. Rasa sakit yang aku rasa sejak KM ke 27 dah habis. Relief sebab in the end aku capai matlamat dan put a full stop untuk semua ni.

I do believe all that happens this year dari dapat baby baru, kene high blood pressure, all the drama yg aku cerita part atas tu dan lain-lain sebenarnya adalah untuk memastikan aku capai perkara ni. I lose so much this year but in the end its very rewarding. 

Secara retrospektifnya, bagi aku my body especially my kness are not made for this. Syukur tak register Watergate 16hrs Januari tahun depan. Buat masa ni aku rasa sesuai aku rehat dulu dan kembali berbasikal. Cycling will take the pressure off my knees.

Aku yakin aku akan kembali masuk event lari ni sebab aku dari dulu kata nak stop tapi lepas tu register event lari balik. Cuma masa ni rehat2 dulu dan mungkin berlari sosial sahaja bak kata Yuk atau participate dalam event yang less distance. 

Tq to all. I'll end this by saying "Jom Kayuh!".




p.s : gambar adalah kredit dari tedd, Yuk, Ruz, Shah RFM dan sorang dr FB. Tq atas gambar ni. Ada kenangan yang bleh tunjuk kat anak-anak.

3 comments:

Fit n Healthy : Rahimah Els 0196511829 said...

Congrats..
start good nutrition.. nnt lutut x worst..

No Surprises said...

Tq kak.
InsyaAllah akan dimulakan perkara tu. Right now nak pastikan lutut tu dah kembali ok. Plan nak beli ubat yang abg andii cadangkan tu

Izzat nasir said...

Congrats bro ! minggu ni giliran ambo nak try matra 50km huhu