8.3.21

Sketchers Go Run Ride 8 : Review yang Orang Tak kisah

Setelah kasut Skechers Go Run Ride 7 aku telah menamatkan riwayatnya, telah tiba masa untuk mencari kasut yang baru. Rezeki datang bergolek juga disebabkan PKP 1.0 dan 2.0 ni menyebabkan kedai-kedai banyak terpaksa membuat sale barangan yang dijual.


Skechers Go Run Ride 8 ni datang dengan separuh harga dan 2 warna di kedai. Disebabkan kene pilih antara kasut warna hitam dan putih, jadi secara automatik hitam menjadi pilihan.  Saiz seperti biasa aku akan pakai 10 US. Straight away perbezaan semasa aku test di kedai adalah keluasan kasut. Amat berbeza berbanding edisi sebelumnya di mana bagi aku sedikit ketat dan ada sedikit friction pada jari kaki. Saiz 10 ni rasa seperti pakai saiz 11 pada edisi kali ni. 


Di ruang tengah kasut rasa agak fit dan memegang kaki dan di ruang belakang bagi aku agak stiff pada heel cup. Tapak sama design seperti sebelumnya cuma kali ni macam kolaborasi dengan Goodyear untuk bagi tapak yang lebih tahan lasak. Ruangan putih pada tapak bagi aku kelihatan seperti foam yang lebih ringan. 


Setakat ni aku hanya dah guna sebanyak 4 sesi which paling jauh pun 6km, tapak amat responsif dan boleh propel move forward.  Cuma bagi aku kene test long run min 10 km ke atas bagi boleh tengok real potential bagi kasut  ni.


As of now aku amat berpuas hati as bila lari dgn cushioning yang ada tak membuatkan kaki letih pabila menjelang 5km. Which aku rasa kalau pegi ke 10 km pun still masih selesa. Selain dari tu since aku semakin bertambah berat aku perlukan kasut yang ada good cushioning Bagi memastikan  lutut aku mampu bertahan apabila berlari lama.


Ada 2 benda yang aku kurang suka iaitu heel cup agak keras jadi lari dia agak grip pada tumit.  Ada few discomfort juga semasa berlari. Selain dari tu disebabkan saiz dia macam agak besar, rasa macam ada too much room plak jadi nya dan ibu jari jadi tertonjol semasa berlari. Ada nampak kesan yang ketara pada fabrik kasut.

Anyway, a good shoe indeed. Looking forward achieving 500km or more with free injury with this.




No comments: