10.8.21

Skechers GoRun TRL Speed : Review Yang Orang Tak Kisah

Kembali lagi ke edisi menulis pasal kasut. Dah lama tak menulis. Seperti biasa tulisan pasti berkenaan kasut yang dibeli dengan harga diskaun.

Untuk kali ni aku beli kasut trail pula. Actually aku ada kasut trail Altra yang aku beli dari kawan untuk naik Gunung Kinabalu tahun lepas. Cuma kasut tu dah mula cekang sebab gam dah out. Bila PKP dikenakan bulan Jun kedai kasut antara yang tidak boleh dibuka dan hingga hari ini masih tidak boleh dibuka.


Atas sebab itu aku terpaksa cari yang baru bagi menggantikan yang dah tak boleh guna ni.So aku terjumpa ni di Carousel. Owner tak boleh pakai sebab ketat. So aku pun dapat beli harga lari murah dari kedai.

Sejak aku tulis ni kasut tu dah aku cuba dalam 21km mileage. Jadi nak tulis sikit pasal kasut sebagai ingatan masa depan. 1st kasut ni bukan untuk orang ada kaki wide sebab ia agak tirus. Seperti yang owner asal bagitau kasut ni agak fit di bahagian tengah kasut. Bagi aku memang fit dan after few km kau berlari baru rasa dia kembang sket.



Bila lari tu memang rasa amat fit tengah kasut. Mungkin juga sebab kasut ni takde lidah. Lidah bersambung di satu side dan ada ruang dia satu side lagi. Lebih kurang design Brooks Pure around 5-6 tahun lepas.

Depan dia bagi ok la bagi aku yang kaki agak besar masih ada ruang utk toe bergerak. Ada juga guard untuk toe just incase terkena benda2 tajam atau keras macam batu bila dalam trail.

Untuk ruangan belakang pula dia ada teknik yang agak lain sebab ada tali mengelilingi heel. Tali mengelilingi heel ni bila kau ikat ketat pada tali kasut tu dia akan grip pada heel. Jadi kaki tak bergerak di heel  dan feels secure.

Permukaan kasut dia aku tak sure material apa cuma bila rasa macam rasa plastik tapi kalau plastik tak mungkin plak sebab pasti mudah rosak. Material dia agak transparent sebab kalau tengok cahaya boleh tembus dalam kasut. 

Insole dia fit dalam kasut tak boleh cabut. Tapak pula kerjasama dengan Goodyear jadi aku yakin tahan lasak seperti Skechers GoRun Ride 8 aku. Di bahagian depan ada rock plate yang melindungi kau jika terpijak benda2 tajam dan keras dalam trail. Bila ada rock plate ni depan dia ada rasa keras dan it takes time to get used to it. Dari tepi kasut kau boleh nampak line merah di ruang front foot. Itulah rock plate yang dia letakkan.

Ditapak bahagian belakang ada material hyperburst yang supposed to be ringan dan bagi sedikit push dalam larian. Tak sure ketahanan material hyperburst ni bila guna lasak dalam trail.

Enough pasal kasut dan seterusnya pasal feel kasut bila kau pakai. Dari penggunaan aku sebanyak 3 kali dalam 21km aku rasakan bahawa kasut ni bagus kegunaan dalam betul2 kering aje. Jika sedikit basah masih ok dan jika lasak pastinya licin. Ni berikutan lugs pada tapak tak terlalu tinggi dan agak rapat susunan lugs. Bila turun dalam laluan berpasir grip agak kurang dan kene berjaga2.

Kasut ni mungkin live up to name dia iaitu speed. Sesuai dengan lari dalam trail dalam short distance dan mid distance. Aku tak rasa ia besesuaian dengan larian ultra trail. Ia juga bagi aku tak sesuai buat naik gunung yang berlumut, lecak dan basah.

Untuk kegunaan biasa di permukaan kering ketika suhu Malaysia agak panas bagi aku kasut ni agak King sebab very light weight dan sedap lari. Kalau tiba musim hujan kat Malaysia ni aku rasa agak licin dengan kasut ni.

Dengan situasi Malaysia masih dilanda Covid-19 ni aku tak rasa kasut ni mampu aku cuba untuk event dan sebaliknya guna untuk trail biasa belakang rumah. But still bagi aku its a decent shoe to run with in trail.

Till next time.

No comments: