20.9.22

Benda Aku Benci 20 : Tiang Lampu Tidak Berfungsi

Antara satu benda yang aku amat tak suka adalah bila aku nampak tiang lampu, tapi tidak berfungsi di waktu malam. Aku syak ia sebenarnya berkait rapat dengan mata aku yang tak berapa nampak kalau terlalu gelap dan silau yang tinggi.
Aku boleh terima kalau jalan raya tu tak ada lampu jalan tapi jika ada dan tak berfungsi aku jadi sedikit irritated dan akan buat aduan kepada PBT.

Aku nak relate isu aku dengan tiang lampu tak berfungsi ni dengan kehidupan sebenar. Dalam kehidupan sosial atau pekerjaan, aku amat tak gemardan jadi sedikit irritated bila ada ramai orang tapi tak berfungsi. Lebih baik takde. Bila takde tak la semak mata memandang.

Hidup ini jangan sesekali jadi tiang lampu yang rosak, setakat ada tapi tak berfungsi.





No comments: