14.12.22

Touring 5.0 : Cameron Highlands

Sometimes you tried so hard but still fell short.





Ini exactly yang aku rasa dalam kayuhan ni. Pada asalnya aku tak nak join kayuhan ni tapi atas ajakan dan desakan kawan-kawan aku finally give in. Aku sejak kemalangan basikal hujung bulan 5 tu dah tak kayuh dan hanya fokus dengan berlari. Tapi bila dah ada cabaran macam ni aku terpaksa juga mula berkayuh semula. Dengan masa yang tak panjang selama 3 minggu aku cuba kayuh juga walaupun amat limited sebab kebanyakan masa hujan dan outsation. So longest ride aku hanya sekali sejauh 40km dan most time aku hanya kayuh dekat2 dan berfokuskan banyak kayuh naik bukit.



Few days leading up to the day, hujan sentiasa turun sepanjang hari dan perkara sama juga berlaku di hari kejadian. Kami seramai 11 orang bermula di Balai Bomba Simpang Pulai dan target hingga ke homestay di Tanah Rata. Jarak adalah 79km dengan 2081m elevation by map yang aku buat di Garmin Connect. Kayuhan bermula jam 7 pagi dan bbrp km awal tu ada Petronas dan kedai makan. Semua decide untuk teruskan sebab masih awal. Cuma ada team yang akan bungkuskan sarapan untuk feeding dalam perjalanan.


Aku rasa dalam 5 km pertama dah rasa bukit yang pertama. Semua regroup sebelum memulakan pendakian pertama. Dalam 1 km pertama aku dah kene tinggal dengan semua yang lain. haha. KM ke 10 berhenti sebab aku rasa macam dah lapar dan lain2 pun dah sampai dulu dan decide untuk sarapan. Rehat 15 minit sebelum memulakan kayuhan. 

Jiran aku Awang pun join sama dan hasil kajian dia di laluan ni ada tempat nak refill dalam KM ke 16 dan tempat nak makan di KM 44.  Nasib yang amat tak baik, tempat refill langsung tak buka dan niat di hati nak makan di KM 44. Nak menuju sana, sepanjang perjalanan kene climb sesaja dan dalam KM ke 38, aku rasa mcm nak terlena. Could be terlalu penat dan lapar. So aku minta support car dtg amik aku dan bawa ke KM 44. 

Malang sekali lagi di KM 44 tu tiada ada juga nak makan sebab kedai makan tutup. Huhu. Mentally amat frust pada waktu ni. Nasib baik ada kedai jual air minuman dan nasi yang dibungkus time sarapan tadi masih ada lg. Jadi hanya mampu makan itu dan beli air sahaja. Memeritkan. Pada masa ni juga sebenarnya semua 11 orang dah terpecah kepada 3 group dengan gap yang amat jauh.


Ada group depan, aku bertiga di tengah dan ada beberapa orang di belakang skali. Kayuhan diteruskan dengan climbing all the way hingga la ke papan tanda sempadan Perak - Pahang. Wajib berhenti dan amik gambar di lokasi ikonik ni. Dari situ pula kembali climbing. Ntah berapa kali dah aku taip climbing skrg ni sebab sepanjang laluan hanya climbing shj.


Aku sejujurnya tak tau dah berapa kali berhenti kejap amik nafas sebelum sambung kayuhan dan akhirnya sambung sampai ke KM 56 dan stop di BHP. Kat situ rasa mcm tayar dah keluar angin dan ada possibilility puncture. Risau juga pada masa tu sebab hujan tiba2 jadi lebat dan tayar pancit. So rehat seketika lepas pam semula tayar di BHP sambil tunggu hujan reda.


Menuju ke BHP sebelum ni laluan adalah menurun dan akan terus menurun bila memasuki Blue Valley ke Kampung Raja. Pada masa ni aku teruja sket sebab dapat kayuh laju hingga ada 1 ketika ter overshoot di selekoh. Syukur tak jadi apa2. Dari Kampung Raja menuju ke Kea Farm bermula satu azab yang tak tergambarkan.



8km climbing dengan 5-6% gradient as told by garmin. Di sini bagi aku kemuncak kepada segala kepenatan sepanjang kayuhan di mana aku dah teramat penat dan tak larat nak habiskan. Aku still kayuh - stop - kayuh- stop, entah beberapa kali berhenti. Akhirnya di Tringkap 2km sebelum Kea Farm aku betul2 tewas. Aku decide its time to stop sebab peha kedua2 tak beri kerjasama. Every pusingan aku dah rasa peha dah mula keras -keras nak krem. Aku cuba juga kayuh lepas berhenti lama tapi masih gagal.


Ini lah muka aku bila aku decide nak stop. jauh gila beza dari awal2  

Akhirnya aku terus call utk support car kutip. Overall berjaya jayuh 68km dari total keseluruhannya adalah 81km. The level of frustration tak dapat digambarkan. As i reflect back today, aku tak sure decision aku nak DNF tu sebab rasa "takut" atau rasa penat. Dalam masa kene kutip dengan support car tu juga berkali-kali aku sebut aku xnak kayuh turun keesokannya. Aku yakin tak sempat nak recover.

Overall dari 11 yang kayuh hanya 4 berjaya tamatkan dari awal hingga habis. Aku adalah salah satu dari 7 orang yang gagal. Kecewa Yes, Seksa Yes, To do it again No but the Experience is once in a lifetime.
Dari kesemua yang sampai di homestay malam tu, semua decide not to cycle down. Bila turun dengan support car dengan laluan Tapah, rasa rugi pulak sebab sepanjang laluan adalah menurun.

Walaupun aku gagal nak habiskan program kayuhan yang gila ni, aku rasa pengalaman kayuh di sini tak mungkin dapat dilupakan. Not everyday kau boleh kata kau dah pernah kayuh ke Cameron Highlands walaupun tak habis keseluruhan.
Dengan sepanjang kayuhan hujan, sejuk hingga ke tulang dan 90% climbing merupakan challenge yang kau tak akan jumpa di mana-mana lagi. 
Dan if, a big IF aku nak buat sekali lagi, aku rasa fitness level kene 3 kali ganda dari yang sedia ada sekarang.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang support sepanjang kayuhan.Terima kasih kepada penganjur BiSoReX. Terima kasih kpd isteri dan anak-anak yang beri sokongan dan semangat sebab risau ini kayuhan long distance pertama lepas kemalangan 7 bulan sebelum itu.



Map garmin adalah 2 parter sebab half way masa KM ke 44 batt tinggal 50%, aku decide nak charge tiba2 dia terus jadi auto save.
So Map 1 di sini
Map 2 di sini.

Aku cuba merge kedua-dua activity dan hasilnya adalah ini.


semua gambar hasil dari perkongsian kawan-kawan sebab gambar dari phone save as heic format. dah satu keje nak convert as jpg


No comments: