14.7.23

Touring De A Famosa

Perancangan yang bermula dari impian bila tengok kawan - kawan lain yang dah buat sebelum ini. Dalam 3-4 tahun sebelum ni ternampak kawan upload di facebook bergambar depan A Famosa, Banda Hilir Melaka selepas berkayuh dari Nilai. Pada masa tu teringin nak buat cuma tak berkesempatan. 




Pada minggu lepas ada sedikit masa lapang di hujung minggu sebab tiada tuntutan kerja, terus mencadangkan kepada Awang, jiran depan rumah program ni. Jiran depan rumah pula jenis suka keje2 gila macam ni dan terus setuju dan mencadangkan laluan. Laluan yang dipilih tepi dari Pajam- PD- Pengkalan Balak- A Famosa. Selain daripada tu dia juga berjaya meracun beberapa orang kawan lain dan seterusnya 6 orang akhirnya join kayuhan ni.Jiran depan rumah jugak yang berjaya cari hotel 1 bintang yang mudah untuk simpan basikal di Banda Hilir. Terima kasih Imam Ismail datang membacakan doa bagi memudahkan perjalanan kami.


Kayuhan bermula jam 7 pagi dari rumah menuju Sepang dan seterusnya melalui Bukit Pelanduk dan keluar ke Lukut. Pada KM ke 17 sedikit malfunction berlaki di mana garmin mount holder hilang satu skru. Berenti jap utk ikat pakai cable tight sebab kalau tercabut nanti naya la hilang garmin edge aku. Sepanjang menuju Lukut ni bagi aku ok lagi sebab masih boleh mengejar peloton depan walaupun rolling bukit pacak nakharom. Berhenti kejap di lukut di KM 45 utk bersarapan. Itu pun aku paksa berhenti sebab lapar sangat. Yang lain2 lima orang tu rileks aje mentang2 lah kuat.


Kayuhan bersambung selepas sapedek dan memerut. Dari Lukut akan terus melalui jalan pantai hingga la Pengkalan Balak. Sebenarnya 2 bulan sebelum ni aku tak kayuh langsung sebab kesibukan kerja dan kononnya nak bersedia untuk event lari Watergate 16hrs. Tapi konon2 persedian pun time lari hancus juga. Jadi mileage ada sebelum touring ni ada la dalam 100km tu pun dibuat secara runcit2 keliling rumah. Masalah mula berlaku bila laluan PD menuju Kuala Sungai Baru ni terkenal dengan bukit2 kecil yang banyak. Dalam KM ke 65 aku dah mula keletihan, debaran di dada dah mula terasa sebab aku tau jarak masih jauh lagi. Pada masa ni aku dah ditinggalkan jauh dari geng depan dan tinggal Haji Zainal  dan Haji Bad menunggu aku di belakang. Nasib baik geng depan tu boleh membaca hasrat hati dan berhenti di kedai jual air kelapa. Tak dapat digambarkan bestnya meneguk air kelapa dalam keadaan keletihan dan panas.



Kayuhan disambung semula selepas keletihan berkurangan dan berhenti seketika di Pasir Panjang untuk refill. Dari Pasir Panjang menuju Kuala Sungai Baru turut tak berkecuali dengan bukit yang rolling tak habis-habis. Disebabkan aku risau tak dapat habiskan, aku decide nak kayuh pace sendiri aje bermula dari sini sebab map pun dah upload dlm garmin edge kalau kene tinggal. Merasa la naik Jambatan Kuala Linggi menuju ke Kuala Sungai Baru dan berhenti di sana untuk makan tengahari.



Makan tengahari pun sebab aku yang suruh kerana keletihan, nak cari jalan berhenti rehat lama sket. Yang lain2 walaupun ada yang dah senior tapi masih tenang bertenaga. Makan tengahari tu aku macam xde rasa, tapi makan juga sebab nak tambah tenaga. Panas terik tak terkata tapi kayuhan perlu diteruskan juga demi misi bergambar depan A Famosa.
Dari situ kayuhan di sambung menuju ke Pengkalan Balak dan masuk ke jalan dalam Masjid Tanah kerana jalan luar tak assesible to public ada kem tentera.Di sini aku dapat rasa kemuncak keletihan di mana bukit2 yang lebih tinggi sentiasa ada tak habis-habis. Peha dan betis mula menunjukkan tanda- tanda nak krem. Makan juga gula himalaya salt dan minum air bagi mengurangkan potensi krem. Akhirnya di bukit terakhir dan paling tinggi di Sungai Udang tu, krem jua akhirnya. Syukur sempat berhenti di tepi dan nasib baik Haji Zainal meneman dari belakang. Rehat seketika dan lepas spraya baru bersemangat nak sambung. Regroup dengan geng depan di Petronas Sungai Udang untuk refill.

Dari sini, Awang bercadang nak berhenti di Coconut Shake Klebang. Kayuhan disambung dengan niat nak ke sana, as usual terputus juga peloton sebab aku slow. 3 orang yang di belakang iaitu Haji Amin, Haji Zainal dan aku sampai kat sana tapi tak jumpa geng depan. Pada masa tu aku syak air coconut shake dah habis kerana line beratur tak panjang, jadi aku decide kayuh ke depan kot2 terjumpa diorg. Sampai sahaja di Tengkera masih tak jumpa diorg dan akhirnya call. Rupanya mereka masih ada di Coconut Shake Klebang tu. Memikirkan nak patah balik ke sana dalam 2.5km, terus tak jadi. Haji Zainal dan Haji Amin tunggu di bus stop dan aku terpaksa teruskan sebab garmin edge dah tinggal nyawa2 ikan lagi 15%. Rugi kalau mati nanti tak nampak map ada depan A Famosa. 


Aku teruskan kayuhan perlahan2 sebab dah tau tak jauh lagi. Sampai di Jonker Walk jalan agak sesak jadi kena berjaga, berhenti kejap di Hard Rock sebab nak bergambar dan teruskan ke A Famosa sebab itu misi utama.
Sampai aja sana, rupanya ada program sedang berjalan under UNESCO. Kecewa sungguh rasa bila berkayuh jauh dan krem tapi tak dapat bergambar sana. Bila borak dengan brader yang jaga pintu masuk diorg lepaskan dengan syarat menolak ke A Famosa dan tak ganggu program berjalan, Syukur. Aku terus masuk dan lepak jap depan A Famosa sambil tunggu crowd clear, bila dah clear aku minta tolong adik sorang ni untuk amikkan gambar. Akhirnya impian tercapai dengan penuh getir. Aku tunggu geng yang lain- lain sampai untuk bergambar tapi diorg decide untuk datang time lain aje dan terus ke hotel. Jadi aku bergerak menuju hotel bersama yang lain dalam 1km dari A Famosa.



Alhamdulillah 5 petang akhirnya sampai jua di hotel. Baki petang dan malam dihabiskan dengan rehat, makan dan ronda2 di Banda Hilir berbasikal. 



Hari kedua bermula dengan hujan lebat diawal pagi. Masa terjaga jam 6 hujan amat lebat dan syukur masa mula bergerak jam 7 hujan dah berhenti. Destinasi utama adalah kembali ke A Famosa untuk bergambar. Syukur kali ni semua berjaya bergambar. Disebabkan hari kedua ni mengejar masa sebab kena sampai ke KTM Pulau Sebang/ Tampin sebelum 11.31 pg, selesai bergambar kayuhan diteruskan. Sebaik sahaja berkayuh hujan turun amat lebat, tetapi terpaksa diteruskan kalau tak konfem terlepas KTM. Sepanjang perjalanan yang basah dan sejuk perlu sedikit berhati-hati kerana banyak air bertakung di jalan. Berhenti sebentar di Cheng untuk sarapan dan teruskan kembali kayuhan. Bila hujan ni malas nak keluarkan hp untuk ambil gambar malas nak bagi basah.



Kayuhan hari kedua ini adalah mengikut laluan Lebuh AMJ terus ke Simpang Ampat dan masuk ke Pulau Sebang melalui jalan yang ada A Famosa Resort dan Freeport Outlet. Laluan hari kedua ni tak panjang 1/3 dari laluan semalam tapi penuh dengan bukit bukau berliku yang melemahkan jiwa kerana recovery semalam tak habis lagi. Sempat la tengok sekali lalu kapal terbang coach yang orang duk upload gambar sekarang.




Sampai ke KTM jam 11 pagi dan untuk yang tak tau tiada bayaran untuk basikal dan hanya perlu bayar untuk diri sendiri sahaja. Mode pembayaran adalah melalui Kad KTM atau TouchNGo. Utk Warga emas dan kanak-kanak bayar di kaunter untuk dapatkan coin sebab harga separuh. Perjalanan komuter dari Pulau Sebang / Tampin menujun Batang Benar mengambil masa 1 jam.



Dari stesen Batang Benar sambung lagi kayuhan dalam 4.5km sahaja lagi.Cuma sebelum sambung kena pikul basikal naik tangga. Azab woo. Di sini semua berpisah ke rumah masing-masing. Jiran saya tak cukup mileage jadi turun 1 stesen lebih awal di stesen Nilai untuk dapatkan 10km kayuhan dari Nilai ke rumah.




Terima kasih jiran depan rumah yang menyahut idea saya dan merancang keseluruhan perjalanan, tempat tinggal dan makan. Terima kasih juga kepada jiran taman seberang yang sudi meluangkan masa kayuh bersama walaupun jauh aku tertinggal kat belakang. Checklist kayuhan dan tercapai, hingga ke sesi touring seterusnya.



Link kayuhan 1st day (Pajam - A Famosa)





No comments: