Sebelum ni aku pernah beli Compressport Free Belt Pro ni tapi versi UTMB, rasanya dalam 5 tahun lepas. Beli pada masa tu ada promosi buy 1 free 1. Selang 5 tahun, belt ni pun dah sedikit longgar dan ada koyak sket. Koyak tu mungkin sebab salah sendiri sebab malas sangat nak cuci tangan dan campak dalam mesin basuh ja.
Jadi tahun ni aku beli lagi skali, kali ni pembelian dari kedai dari Malaysia berbanding sebelum ni dari Singapura. Currency naik betul jadi beli dari Singapura amat tak berbaloi.
As usual bila beli yang paling penting beli 1 size up jika dari brand ni. So aku beli saiz XXL. Buat masa ni amat ketat umpama memakai bengkung sajat tapi it fit the purspose. Bila letak barang tiada sebarang bounce dan rasa melekat di badan. Jadi tak la rasa semak rasa bergoyang2 bila berlari.
Barang yang aku biasa letak selalunya telefon, pas keje dan kunci aje. Kadang kala aje letak botol air di belah belakang. Tak pernah lagi letak pole walaupun ada pole holder di belakang. Kepada yang berminat boleh cuba dapatkan di Ultimate Sport Direct Store. Aku beli thru Shopee ja. Lebih mudah dan lebih murah banding beli di kedai secara fizikal.
Jika ada yang rasa brand ni mahal boleh cuba brand tempatan, Orga Mountainworks. Ada model Peninjau, Irau dan Jerai. Aku ada juga satu model Peninjau Version 1 yang dibeli zaman Cobis 3 tahun lepas. Still functioning well.
No comments:
Post a Comment