Rumours kuat menyatakan kedai Salomon dan TNF nak tutup. Jadinya distributor skrg buat jualan murah. Semua item 60% diskaun + 15% jika ada beli 3 barang atau lebih. Previous sale aku dah beli Salomon ADV Skin 12 Vest. Review to be later kot.z
Untuk sale kedua ni aku beli Salomon ADV Skin Belt. Saiz L yang aku rasa fit untuk aku. Dari segi sizing bagi aku amat true to size. Tak perlu 1 size up atau 1 size down bila tgk chart yg disediakan.
Untuk sale kedua ni aku beli Salomon ADV Skin Belt. Saiz L yang aku rasa fit untuk aku. Dari segi sizing bagi aku amat true to size. Tak perlu 1 size up atau 1 size down bila tgk chart yg disediakan.
Baru pakai sekali ja untuk 5km run + 40 minit turun naik tangga, bagi aku feel amat best. Setanding dengan Compressport yang sedang aku pakai sekarang. Material nampak tahan lasak sebab sama mcm material yang digunakan untuk running vest.
Ruangan depan tak sama macam brand lain sebab ada beza sket. Bila tgk review mostly orang guna letak soft flask aje. Aku dah try letak handphone, nampak ok dan tiada bounce cuma ada sedikit kegusaran sebab ada ruang kiri kanan yang luas takut handphone boleh bergerak dan jatuh . Ada juga hook kecil untuk letak kunci.
Di sebelah belakang actually ada 2 lapisan, 1 zipped yang aku dah try juga letak handphone, nampak mcm ada kalis air sket. Lapisan dalam masih boleh letak baran which accesible dari tepi. Plus point ada juga ruang untuk letak pole yang menggunakan tali elastik.
Disebabkan true to size aku rasa, aku akan selalu pakai belt ni berbanding Compressport FreeBelt Pro, sebab Freebelt amat fit dan memerlukan aku turun seinci dua lagi ukur lilit baru boleh selesa.
Mana nak dapat barang ada 60 % diskaun. Since beli 3 barang which is barang adik aku, dapat lagi extra 15% dari total bill.
Untung dan jimat.
Untung dan jimat.
No comments:
Post a Comment