5.7.24

Akinabalu 2024 : Day 1

Pada minggu terakhir Jun lepas akhirnya misi kedua mendaki Gunung Kinabalu berjaya dilaksanakan. Niat pada kali ni adalah untuk meraikan sempena ulang tahun ke 102 pejabat aku bekerja sekarang. Gentar juga sebenarnya sebab perancangan menghampiri 8 bulan tapi pada 3 hari sebelum ke bermula pendakian, hujan sepanjang masa di Kota Kinabalu dan ada juga group yang telah terkandas tak dibenarkan naik ke puncak.


Tarikh yang telah ditetapkan pada 25-26 Jun lepas. Pada 24 Jun cuaca beransur baik walaupun hari sebelumnya sentiasa hujan. Untuk trip kali ni penginapan di SSL which pakej yang agak mahal sket berbanding pakej sebelum ni. Pakej di bawah SSL ni meliputi penginapan di Lodge dlm Kinabalu Park( dinner + breakfast+ pack food untuk 1st day hike disediakan), penginapan 1 malam di Laban Rata (hostel di atas tempat makan + dinner, supper, breakfast) dan lunch di SSL di Kinabalu Park (dengan syarat tiba sebelum jam 4.30 Petang di bawah). 



Ekspedisi kali ni meliputi seramai 25 orang rakan-rakan pejabat. Since aku pun baru lagi di pejabat ni ada ramai juga dalam trip ni aku tak kenal dan baru berjumpa 1st time. Walaupun 1st time tapi mereka ni semua kepala best, berjiwa kental dan power-power belaka. Malam sebelum tu ada sesi briefing di cafe berkenaan apa yang bakal dihadapi dalam tempoh 2 hari perjalanan menuju puncak Kinabalu. Hari ditamatkan dengan makan malam, sesi pack barang ( yang mana nak pass ke Porter dan mana nak bawa sendiri) dan kena tidur awal. 



Cuaca awal pagi sejuk berkabus bangun awal di depan Lodge masih tak nampak gunung Kinabalu sejak petang semalam. Rasa gementar sedikit ada kerana usually berkabus awal pagi ni menandakan perjalanan pagi ni bakal hujan. Check out, sarapan dan collect pack food dan menuju ke SSL. Proses pagi tu berjalan amat lancar hasil bantuan kawan - kawan selaku urusetia yang mantap dan cekap. Selepas sesi timbang beg yang akan diserahkan ke porter, which beg aku meliputi 4 orang yang seberat 17kg, terus naik bas menuju Timpohon.




Kepada yang belum tau, Timpohon ni merupakan gate masuk trail mendaki kinabalu. Dengan individual tag yang diserahkan semasa di pejabat SSL, kena mendaftar masuk di pejabat di Timpohon sebelum memulakan perjalanan. Sebelum bermula, ada briefing oleh guide sepanjang pendakian dan seterusnya bacaan doa bagi dipermudahkan perjalanan. 9.15 pagi telah bermula perjalanan. 





Pendakian ke Gunung Kinabalu ni adalah satu perjalanan yang mengasyikkan dan memeritkan. Mengasyikkan sebab kecantikan permandangan sepanjang laluan tak dapat dijumpai di mana mana. Memeritkan kerana perjalanan pada hari pertama meliputi 6 km yang dipenuhi dengan tangga samada tangga kayu, tangga batu, tangga simen banyak jenis tangga. Time ni betul2 mencabar kekuatan lutut. Nampak mudah tapi bila non stop kaki menghentam tangga dengan pelbagai ketinggian amat meletihkan. 



Sepanjang berjalanan seperti jangkaan aku tadi disulami dengan hujan gerimis. Tiada view gunung atau sebagainya berikutan sepanjang laluan amat berkabus. Bila mula hike dalam jumlah yang besar seramai 25 orang ni, akan mula berpecah mengikut kekuatan masing- masing. Ada yang akan ada di depan, tengah dan belakang tapi disebabkan laluan naik ni hanya satu sahaja tiada apa perlu dirisaukan dan hanya keep moving forward.



Kelebihan Gunung Kinabalu di setiap 1km akan ada pondok bernama dan  tandas dengan running water. Jadi mudah untuk berehat dan melepaskan hajat. Walau bagaimanapun telah dinasihatkan oleh guide untuk tidak minum air dari paip kerana dikhuatiri kurang bersih, oleh itu telah dinasihatkan untuk bawa air secukupnya setiap orang. Untuk aku, 1.5l dah mencukupi sepanjang 6km perjalanan. Berhenti di pondok Layang-Layang untuk makan pack food yang disediakan dan kembali menyambung perjalanan.




Semakin tinggi, semakin kabus tebal dan semakin sejuk tapi perjalanan diteruskan. Kunci kejayaan adalah memastikan pergerakan diteruskan tanpa rehat yang lama untuk mengelakkan badan sejuk. Walaupun badan letih tapi perlu diteruskan jua sebab nak sampai awal sebab sampai awal, lagi awal dapat rehat.  Selepas 6 jam perjalanan termasuk rehat, sampai jua ke Laban Rata.




Singnage di laluan ni akan ada setiap 0.5km tapi 1km sebelum sampai ke Laban Rata tu akan ada signboard 900m to go, 800m to go dan seterusnya. Benda ni nampak mcm memberikan kita info tapi sebenarnya memberikan tekanan sebab rasa tak sampai - sampai. Rasa macam jauh plak setiap 100m tu. 



Akhirnya sampai jua dalam pukul 3 lebih di Laban Rata. Sampai jauh lebih awal berbanding Ekspedisi 2020. Sampai awal ni boleh la rehat awal sket. Sempat juga bergambar dengan satu pokok yang hidup di tengah - tengah laluan di KM ke 5. Pada 2020 aku tak sedar pun melintasi pokok tu time naik atau turun, mungkin sebab kepenatan.





Takda apa yang nak dibuat di Laban Rata tu selain dari rileks di cafe bersama kawan - kawan yang dah sampai dan tunggu kawan - kawan lain yang menyusul di belakang. Nak mandi walaupun di hostel penuh disediakan dengan kelengkapan seperti towel, sabun dan lain - lain air amat kecik. Tak puas nak mandi.



Petang hanya sambung berborak over dinner yang bermula 5.30 petang tak salah aku dan seterusnya lights out jam 7 mlm sebab misi keesokkannya lebih penting. Since last trip aku tak hydrate properly before summit attack, time sampai tu aku memang banyak minum air. Nak air panas di cafe kena bayar ye, jadi aku pegi ke water dispenser yang ada dekat dengan pejabat renjer. 
BTW makanan masa dinner rasa dia jauh lebih sedap berbanding trip 2020. Aku syak antara 2 sebab aje iaitu samada diorg dah tukar chef atau dulu aku penat sangat sampai makan pun takde rasa.



Generator untuk lampu ditutup jam 7 mlm dan hanya dibuka semula jam 2 pagi. Malam tu pun tak berapa nak tido sangat. Masuk selimut pun rasa panas sampai tido pun tak berbaju, most probably bilik tu heated tapi try rehat juga la sebab esok perjalanan lebih panjaaaaaangggg.


1st day bagi aku yang kurang best adalah gerimis sepanjang jalan, jadi sepanjang perjalanan tu takde view yang kau nampak melainkan hanya laluan bertangga yang kau akan redah dan juga kabus yang never ending. Ada sesetengah tempat yang sepatutnya kau boleh nampak puncak gunung, tak kelihatan kerana kabus tebal.  Walau bagaimanapun, disebabkan sampai awal aku puas hati sebab banyak masa nak rehat. Sempat juga tengok matahari terbenam sekejap sebelum ditutup oleh kabus.

Untuk Day 2 next akan sambung....

No comments: