23.7.24

Akinabalu 2024 : Day 2

Ada sebab sebenarnya aku sengaja lambatkan menulis part 2 dan juga part 1. Kononnya nak tunggu poskad yang diposkan sampai ke rumah tapi malangnya dah menghampiri sebulan masih tak kunjung tiba walaupun kawan - kawan lain yang menghantar poskad dah sampai. Kepada yang tak tau, di Laban Rata ada pejabat pos dan post box paling tinggi. Kat situ boleh beli poskad dan setem untuk hantar kepada sesiapa yang kau nak. Aku dah hantar tapi malangnya tak sampai - sampai. Terpaksa la berlapang dada bahawa poskad itu pasti tak akan sampai.



Di Laban Rata tu lights out pada jam 10 malam. Bermakna nak ke jamban pun bawa la lampu. Malam tu aku tak boleh nak tido sangat, rasa badan panas. Orang lain berselimut, aku baring buka baju. Nak lena pun tak boleh walaupun dah elakkan minum kopi masa dinner petang tu. Tak tau la berapa jam ja dapat tidur sebenarnya pada malam tu. 




Aku bangun awal jam 1.30 pagi dan 1st yang aku buat adalah keluar dari bilik nak tengok keadaan cuaca. Risau kalau hujan atau angin kuat yang menyebabkan tak dibenarkan naik. Alhamdulillah cuaca amat baik. Masuk balik sambung baring. Supper dibuka dalam jam 2 pagi macam tu dan teruslah makan. Load kena lebih sebab hari ni perjalanan amat panjang. Kalau tak makan by tengahari energy akan depleted dan pasti akan bermasalah dalam perjalanan turun.



Aku rasa pergerakan pagi bermula dalam jam 2.45 selepas breifing dari guide. Kali ni pelepasan lebih teratur sebab tak semua  group- group lain bergerak serentak jadi tak banyak isu kena beratur di sebab kesesakan. Awal pagi tu aku lalu tepi post box tu dan letak la poskad aku dan terus naik. Time ni dia punya sejuk bagi aku amat managable, cuma bila cuaca menipis dan suhu rendah setiap langkah tu sedikit perit. Misi utama adalah nak pastikan sampai check point last di Sayat - Sayat sebelum 5.30 pagi. Jarak pun hanya 1.5km sahaja dari Laban Rata.



Laluan ke Sayat- Sayat ni semua bertangga juga seperti hari sebelumnya. Dalam mengambil nafas kepenatan tu bila angkat kepala nampak la lampu- lampu dari orang- orang yang laju naik  menuju ke puncak. Aku sampai di Sayat- Sayat jam 4.15 pagi. Masa trip lepas 2020 selepas Sayat- Sayat ni la aku ada sedikit masalah.Bermula dengan penat dan kena AMS.




Kali ni aku naik tenang - tenang ja selepas Sayat- Sayat tu dan paling utama adalah untuk mengelakkan daripada guna tali kecuali memang perlu. Sebab penggunaan tali tu akan buatkan lebih penat aje sebenarnya. Tali ni membantu kau bagi direction naik sebab selepas Sayat- Sayat laluan hanya berbatu. Dalam kegelapan malam ni mostly semua batu ni kelihatan sama je. Naik tu aku banyak borak2 kecil nak hilangkan penat dan ada la 2-3 kali juga duduk kepenatan. Tapi misi perlu disambung sebab aku nak sampai awal ke puncak.



Dalam 6.00 pg stop jap dan cari tempat rata untuk Subuh kemudian sambung perjalanan. Time2 waktu macam ni la view amat cantik di atas semasa matahari mula nak keluar di hujung- hujung langit. Jangan lupa berpaling ke belakang sambil mencungap dalam misi mengejar puncak tu kerana view dia tak tergambar dengan kata-kata. 



Disebabkan nak sampai puncak sebelum matahari terbit tu tak mungkin, jadi aku pelan-pelan naik asalkan sampai. Tak nak jadi macam trip sebelum ni sakit kepala gila - gila dalam perjalanan ke puncak. Lagi pun sampai awal gelap sangat nanti gambar tak lawa. Rugi woo dah penat- penat tak ada gambar. Biar naik suffer yang penting gambar top.



This year aku sampai puncak jam 6.20 pagi. Yang paling syok masa sampai di puncak ni adalah takde orang di belakang aku dan yang ada hanya kawan- kawan yang dah sampai lagi awal. Jadi boleh la bergambar sampai puas. Aku spend masa dalam 15 minit kat atas sebelum bergerak turun. Bila turun nampak plak kawan satu pejabat on the way naik, jadi demi gambar bersama- sama nak tunjuk ke bos, aku naik balik sekali lagi ke puncak.



Did the customary picture again dan bergerak turun sebab nak bergambar di bawah. Sempat la bergambar di kolam yang ada reflection tu sebab trip sebelum ni gambar kepala kena potong. Sebelum berjalan turun ke bawah. Kena singgah bergambar lagi dengan South Peak lagi yang ada di belakang duit RM 100 tu. Aku rasa berhenti bergambar sahaja dah melebihi sejam. 




Kena kejar turun juga untuk sarapan yang tamat jam 10 pagi dan juga check out dari bilik. Kalau lambat check out akan dikenakan bayaran RM100 bagi setiap jam. Perjalanan turun ni sebenarnya lebih azab sebab time turun ni kaki dah sakit. Hahaha. Setiap langkah agak perit tapi diteruskan jua sebab dah lapar. Kalau tak makan nanti lebih perit sebab perjalanan turun 6 km lagi. 




Sempat la sampai ke Laban Rata 9.30 pagi dan terus clearkan bilik sebelum bersarapan. Nak makan pun takde mood sebenarnya tapi digagahi jua demi tenaga.Di sini rasanya skrip sama seperti trip sebelum ni di mana aku decide untuk stay tunggu geng belakang dan yang lain terus gerak dulu untuk elakkan bayar OT. 



OT ni kena bayar kepada guide sebanyak RM15 setiap jam bagi jika tak sampai ke Timpohon sebelum jam 4.30 petang. Kalau sampai di Timpohon awal pun, kita boleh singgah di cafe Sutera tu untuk makan dulu sebelum gerak balik.



Since aku dah decide untuk stay, aku lepak dulu dan hanya bergerak turun jam 12.15. Pada masa tu ada 12 orang di belakang yang bergerak turun sekali. Kebanyakan geng belakang ni semua dah sakit kaki. Kalau naik semalam tak bertongkat, time turun hampir semua dah pakai 2 tongkat.

Masa turun ni cuaca kembali gerimis dan berkabus tebal sama seperti hari sebelumnya. Jadi tiada view menarik sepanjang perjalanan turun. Time turun pun banyak berehat sebab kaki sakit. Kaki sakit ni banyak berkait dengan kasut yang aku pakai di mana tiada cushioning di hujung - hujung jari dan material dia buat jari bergesel semasa turun. Rasa sakit bila turun kaki ke arah depan dan perlu menurun secara sideways.


Disebabkan kepenatan, cuaca berkabus tebal tak banyak gambar diambil semasa turun. Nasib baik bar dan gel penuh kira kanan poket sebab time sejuk ni laparnya lain macam. Sempat makan satu bar dan satu gel untuk tenaga time turun. 


Dengan berkat kesabaran dan perseverance akhirnya sampai ke bawah jam 5.30 petang. Perjalanan aku turun ni bertiga sahaja tanpa ditemani oleh mana- mana guide jadi tiada bayaran OT dikenakan. As usual langkah terakhir ke Timpohon itu amat menyeksakan. Paling last keluar dalam group adalah sejam selepas aku, which amat ok bila dilihat dengan kesakitan kaki diorang tu. Masih laju bagi aku. Ada yang aku dapat tau dari group lain yang turun pada hari sama, sampai ke Timpohon jam 8.30 malam.

Time dah sampai Timpohon ni la mula rasa kaki menggigil stop sampai la sejam berlalu. Nak makan di Cafe Sutera pun dah tak sempat sebab lewat. Nasib baik kawan- kawan yang sampai awal dah bantu minta cafe bungkuskan makanan. Time turun ni tak fikir banyak dah, nak cepat balik dan rehat ja. Dalam 30 minit lepas sampai, aku dah beberapa lain gerak terus ke KK untuk urus diri kat sana. Geng-geng lain menyusul kemudian selepas yang last sampai ke Timpohon.




Untuk trip kali ni syukur kesemua 25 orang berjaya sampai ke puncak dan turun ke bawah dengan selamat walaupun ada yang injured jiwa dan raga sikit- sikit. Ke semua 25 orang ni pasti ada misi masing- masing. Ada yg 1st time, ada yang nak repeat sebab hari tu tak sampai puncak dan lain- lain lagi. Bila tercapai tu boleh la buat cerita kat anak cucu nanti- nanti.



Personally bagi aku, trip kali ni aku sampai lebih awal di Laban Rata, Sayat- Sayat dan puncak berbanding trip 2020. Mungkin sesi letihan di tangga seminggu sekali tu membuahkan hasil. Yang paling utama adalah aku tak kena AMS seperti sebelum ni di mana hampir- hampir nak give up disebabkan sakit kepala yang tak tertahan.




Di hujung skali aku nak letak kredit kepada rakan sepejabat Adzhar dan team dia yang menyahut cabaran bila bos aku mencadangkan naik ke puncak sempena Hari Imigresen ke 102 tahun. Terima kasih juga layanan daripada team Sabah. Sungguh liarbiasa layanan mereka. Amat tak tertanding. Dalam 8 bulan ianya dirancang dengan baik dan akhirnya sukses. Kita jumpa semula pada program Mulu 2025.






#MisiKitaJelas    


No comments: