1.6.25

Pangu Running Run 2 Bone Conduction Headphones

Pembelian ni hasil kaji selidik tak berapa lama bertitik tolak dari kekecewaan aku terhadap Bone Conduction Headphones aku sebelum ni dari brand Shokz tiba2 tak boleh pakai. Kemudian nak warranty claim tak boleh atas alasan tiada resit sedangkan dibeli rasmi kedai di Malaysia dan mempunyai nombor siri. Xpe yang ni akan diceritakan pada post lain.

So hasil survey aku beli ni yang bagi aku tak terlalu mahal jika nak bereksperimen kesesuaian. Harga asal RM199, yang dibayar RM94.01 sen dari diskaun kedai, baucar shoppee dan redeem coin. 

Tak banyak review ada dari model Pangu Running ni selain dari tiktok. Ni merupakan model upgrade dari sebelum ni iaitu Run 1. Run 2 ni katanya  ada beberapa kelebihan lain yang aku tak sempat nak tengok di tiktok. Walaupun ada yang kata boleh guna untuk berbasikal juga, aku mostly gunakan untuk berlari sahaja. Tak leceh digunakan walaupun jika kau memakai cermin mata.

Perkara yang membuatkan aku membeli benda ni yang pertama adalah harga murah sbb nak bereksperimen, warranty 2 tahun ( ni penting sebab brand lain bagi 3 bulan sahaja), IP rating dia IP67 which Lebih lasak dengan air cuma tak boleh guna untuk swim dan terakhir ada 16GB internal storage which kau tak perlu connect dgn phone semasa beraktiviti.

So hasil penggunaan seminggu ni aku dapati Run 2 ni amat ringan, even lebih ringan dari Shokz aku sebelum ni. Cuma gelung di belakang kepala ni rasa teramat lembut dan kurang lasak. Dari segi bunyi bagi aku biasa- biasa aje. Tiada yang extraordinary tapi bg aku berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 


Since aku ada pengalaman mendengar dari Shokz sebelum ni, bagi aku let down dia adalah pada bunyi bass. Macam takde. Kah kah kah. Tapi jadilah asalkan ada lagu semasa beraktiviti.

Boleh digunakan untuk angkat call juga dan bunyi dari call tu agak jelas.

Nak connect Bluetooth dgn phone Amat mudah, just on dan terus connect. Untuk skip lagu ke depan tekan volume + 2-3 saat dan jika nak pegi ke lagu sebelum tu tekan volume - 2-3 saat.

Since baru pakai seminggu tak nampak lagi ketahanan bateri macam mana. Tapi berdasarkan kotak, model ni boleh tahan 8 jam sekali charge.

Antara kelemahan yang aku dah jumpa seminggu ni adalah yang tadi gelung belakang kepala kelihatan amat lembut. Selain daripada tu, pada keadaan persekitaran  yang agak bising, bunyi kurang kedengaran. Jika kau naikkan volume, akan rasa vibration yang agak ketara tapak bunyi tu dikeluarkan. Bila dah vibrate terlalu kuat, keselesaan mendengar tu dah tiada dan pastikan akan diturunkan volume.

OK itu sama buat masa ni. Tapi overall mana nak dapat device harga RM94 yang ada function sama dengan Shokz dengan model paling murah pun RM399. Amat berbaloi. 

Harap walaupun tak panjang, boleh digunakan buat panduan kepada yang membeli.



No comments: