2.10.24

Gunung Trusmadi

Sebenarnya aku dah tulis halfway pasal hike ni, tapi malangnya blogger tak save tulisan aku jadi nak menulis semula amat malas. 

Gunung Trusmadi ni no 2 tinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu dan terletak di Keningau Sabah.  Walaupun no 2 tinggi di Malaysia, tapi level kesusahan lebih tinggi berbanding dengan Kinabalu. Macam pernah aku tulis di IG, Trusmadi buat Kinabalu jadi easy. 

Perumpamaan mudah aku boleh tulis adalah, Kinabalu ni dah ada highway manakala Trusmadi ni jalan lama. Jadi jalan lama ni penuh permit getir berbanding Kinabalu. Ada 3 laluan untuk naik ke Trusmadi ni dan team telah memilih naik thru Apin - Apin yang merupakan laluan terpendek tetapi antara yang paling susah.



By the way, trip ni dianjurkan oleh group PPTD Hikers. Diorg ni punya aktif tak perlu di perkatakan lagi. Tahun ni dah naik Annapurna Base Camp, kemudian Trusmadi semasa Merdeka di susuli dengan Gunung Tahan pada Hari Malaysia. Belum dicampur lagi program kecik2 hujung minggu. Diorang ajak aku betul - betul masih fresh balik dari Gunung Kinabalu. Time tu dopamin masih tinggi, fitness pun tengah top jadi terus mendaftar tanpa fikir panjang. Sapa sangka antara sebulan lebih in between Kinabalu dan Tusmadi, jadual kerja amat sibuk jadi masa amat tak mengizinkan untuk buat persediaan. Beg pun aku beli 3 hari sebelum fly ke Kota Kinabalu.


Perancangan naik ke Trusmadi ni adalah semasa 31 Ogos 2024, jadi semua yang join dr PPTD Hikers sampai di KK pada hari Khamis dan terus menuju Keningau untuk bermalam. Keesokkannya bergerak masuk ke campsite by 4x4.




Di sini sebenarnya cabaran dah bermula. Untuk sampai ke campsite pun amik masa dalam 4 jam. Bermula masuk, berhenti selepas 30 minit di pejabat renjer untuk daftar masuk sebelum meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan memang la terlompat sana sini sebab melalui jalan balak. Terpaksa berhenti seketika disebabkan ada balak tumbang. Turun la juga buat nampak mcm function sket. Lepas setengah jam perjalanan disambung ke tempat yang dinamakan Taman Bunga untuk makan tengahari pack food yang disediakan lebih awal.



Sambung lagi perjalanan terlompat - lompat dalam 4x4 sebelum hentian last untuk tengok air terjun yang tinggi hampiri 100m meter ketinggiannya. Air terjun ni nak mandi berendam tak boleh sebab air cetek aje. Tapi nak bergambar memang superb la disebabkan air jatuh tinggi sangat.  30 minit selepas berhenti di sini baru sampai ke campsite.

Sebaik tiba, terus setup khemah, untuk tido. Rehat amat penting sebab akan mula hike jam 12 tengah malam nanti. Dikejutkan oleh guide jam 6 petang untuk dinner sambil diorg memberikan taklimat untuk pergerakan malam. Habis makan sambung semula tido walaupun tak berapa lena.


Jam 11 lebih macam tu hampir kesemua dah bangun sebab tidur pun tak lena. Setup gear dan seterusnya ke tempat makan untuk supper. Nak makan tak selera sangat mungkin kerana nervous. Jam 12 tajam mula hike selepas  sesi bergambar.



The Uniqueness of laluan ni adalah dilaporkan jarak dari campsite ke puncak adalah sejauh 4.5km. Walau bagaimanapun, jarak ni merupakan jarak yang laporan pada tahun 70-80 an dan menurut guide sepatutnya lebih jauh. Laluan dari bawah ke puncak pun kita akan melalui beberapa kawasan yang penuh dengan cabaran tersendiri dan sepanjang laluan, Jalan hanya menarik sahaja. Takde turun2.

Naik ke atas ni agak strict juga, perlu sampai di satu tempat yang dipanggil tangga kayangan sebelum jam 3.30 pagi. Jika lewat perlu turun balik. Selepas turun dari puncak pun perlu sampai ke bawah sebelum jam 2 untuk bergerak keluar, jika lewat perlu tido semalam lagi di campsite dan incurred extra cost. 

Laluan pertama sebelum sampai ke tangga kayangan mostly laluan tanah biasa dan ada certain area ada batu batu loose yang ada merbahaya bagi orang orang di belakang di Jalan jatuh semasa orang di depan pijak. Time ni azab juga jantung, degup amat laju sebabkan sentiasa pacak. Pada awal2 dah pakai baju sejuk macam di Kinabalu, tapi akhirnya buka sebab teramat panas. Sampai tangga kayangan jam 2.30 pagi. Tangga kayangan tu masa naik awal pagi tak rasa apa sangat, bila menurun time siang baru perasan, rupanya lalu betul2 tepi lereng gunung. Kalau terlepas dari tangga tu konfem Innalillah.


Aku rasa ok sahaja naik ni sehingga la jam di tangan dah melepasi distance 4.5km yang guide bagitau. Ternyata laluan dah berubah semakin panjang. Time ni dengan keadaan yang gelap ada banyak tempat kena tunduk sebab melalui celah2 pokok yang melintang. Buat benda ni amat meletihkan dan ada a few time juga terhantuk pada akar pokok disebabkan tak perasan. Benjol juga la kepala ni seminggu.


Few KM before puncak ni ada laluan pokok - pokok renek yang diberitahu ada harimau dahan by guide. Berdebar juga jiwa ni melalui tempat ni sebab time ni aku dah mula berjalan sorang. Time ni juga la mental dah mula sedikit koyak disebabkan dah sejuk dan juga semakin lapar. Berhenti la kejap untuk makan sket dan me lepaskan penat sebelum sambung. Tak nak lama- lama sebab takut dengan harimau dahan. Part sampai ke puncak ni juga bagi aku mencabar disebabkan laluan dia amat pacak dan memerlukan strength untuk bawa badan naik ke atas.


Di kala dah mula masuk zombie mode dan badan bergerak secara autopilot, aku mula tedengar macam suara suara orang bersorak. Aku yakin dah tak jauh sampai atas. Dalam 10 minit macam tu aku sampai dah di tempat kawasan mcm stesen generator. Suara yang aku dengar tadi bukanlah suara orang sebalknya bunyi angin yang bertiup kencang. Di sini kena tunggu dulu sebelum boleh naik ke pelantar tinggi dan ke puncak yang jarak nya dalam 200m dari tempat ni disebabkan angin kuat dan masih belum cerah.

Di sini angin terlalu kuat dan teramat sejuk bahkan lebih sejuk dari puncak Kinabalu. Buka glove untuk ambil gambar pun buat tangan mengigil. Nak stay lama pun tak boleh sebab lagi lama tunggu dalam keadaan statik jadi lagi sejuk. Jadi bila dah cerah sket aku decide bergerak terus ke depan sket untuk bergambar dengan pelantar tinggi tu. Pelantar tu pun tak boleh naik ramai sebab dah kurang stabil. Lepas bergambar atas pelantar turun menunju ke puncak sebenar Trusmadi. Nak ke sana tak jauh 200m sahaja tapi lecak bukan main. Salah pijak tenggelam kasut. Kena pulak dah letih lagi seksa nak capai 200m tu.


So semua team yang naik berjaya sampai dan kebanyakkannya sampai lagi awal dari aku, jadi semua bergambar kejap sebelum kena gerak turun. Seperti aku bagitau tadi nak bergerak turun pun tak boleh lambat dan kena sampai sebelum jam 2 untuk mengelakkan dari tido 1 malam lagi di sini. Bergambar dalam setengah jam, makan, top up air dan terus gerak turun.
 




Misi utama adalah bagi PPTD Hikers untuk ke puncak pada 31 Ogos 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan dan pada masa sama juga merupakan Hari Sabah. Terima kasih PPTD Hikers kerana sudi mengajak saya. saya ni dah la berat dan slow tapi semangat nak bergambar ramai - ramai di puncak membuatkan saya berjaya sampai. 

Ok, sambung balik kisah nak turun. Nak gerak turun pun bukan mudah, sesukar time naik, turun menjadi dua kali sukar. Di campur dengan keletihan setiap langkah amat menyeksakan. Di puncak tadi dalam jam 7 pagi dan turun semula ke tangga kayangan dalam jam 10 pagi. 


Perjalanan diteruskan ke bawah sambil memijak loose rock yang  kerap menggelincirkan. Time ni ramai juga geng dari belakang memotong aku. Keletihan menjelma lagi. Berhenti seketika untuk reload dan refuel sebelum menyambung perjalanan. On the way turun pun ditipu lagi sebab dah nampak bumbung campsite tapi lepas lima minit tak sampai. Rupanya dalam 40 minit lagi baru la tiba di bawah. 
Sampai di campsite just shy of jam 12 tengahari. 


Dia punya penat tak terkata, sampai aje nak baring tapi perlu membersihkan badan untuk persiapan balik.  By 2.30 semua dah siap siaga untuk pulang. Amik sijil dari guide dan makan dulu sebelum begerak keluar. Nak gerak keluar pun penuh pancaroba. Dengan laluan yang agak berlecak disebabkan hujan petang sebelumnya, perjalanan thru 4x4 seperti biasa penuh lompat- lompat dan memeningkan. Perlu keluar di gate renjer sebelum 5.30 petang.  Betul - betul sebelum 5.30 berjaya keluar ke menemui civilisation.
1st skali buat semasa keluar adalah check telefon disebabkan sepanjang perjalanan tiada line. Dan mesej yang disemak bukan la mesej dari rumah sebaliknya mesej dari pejabat. Pada masa tu angin kuat ada pergerakan.
Tido semalam lagi di Keningau sebelum bergerak balik ke Kota Kinabalu. Sebelum singgah Airport wajib la memakmurkan ekonomi tempatan dulu. Kena ada manis - manis balik rumah.



Misi berjaya. Dari pandangan aku, Trusmadi ni azab. Mungkin bagi orang lain mudah tapi untuk Hikers recreational macam aku nak sampai penuh dengan cabaran. Apa apa pun syukur sampai atas dan selamat turun. Terima kasih PPTD Hikers kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan terima kasih juga 3 orang sahabat dari JIM yang sudi hadir sama menemani saya( walaupun diorg jaauuuhhhhh di depan).





#MisiMasihJelas

Pindah

Jarang - jarang betul aku biarkan blog yang tiada orang baca ni tiada sebarang post dalam 1 bulan. Malangnya dah 2 bulan tiada post terbaru. Mungkin kesibukan kerja dan mungkin juga sebab perpindahan tempat kerja yang baru berlaku pada 2 minggu lepas. Sedikit kelam kabut tapi Alhamdulillah dah settle down.

Walaupun pertukaran ni amat tidak dijangka tapi kita perlu berpegang kepada rezeki ni Allah yang bagi. Di mana pun kita bekerja itu adalah rezeki, rezeki dapat bernafas di muka bumi ini dan rezeki masih mempunyai pekerjaan.

Kita berlapang dada dengan takdir.




23.7.24

Akinabalu 2024 : Day 2

Ada sebab sebenarnya aku sengaja lambatkan menulis part 2 dan juga part 1. Kononnya nak tunggu poskad yang diposkan sampai ke rumah tapi malangnya dah menghampiri sebulan masih tak kunjung tiba walaupun kawan - kawan lain yang menghantar poskad dah sampai. Kepada yang tak tau, di Laban Rata ada pejabat pos dan post box paling tinggi. Kat situ boleh beli poskad dan setem untuk hantar kepada sesiapa yang kau nak. Aku dah hantar tapi malangnya tak sampai - sampai. Terpaksa la berlapang dada bahawa poskad itu pasti tak akan sampai.



Di Laban Rata tu lights out pada jam 10 malam. Bermakna nak ke jamban pun bawa la lampu. Malam tu aku tak boleh nak tido sangat, rasa badan panas. Orang lain berselimut, aku baring buka baju. Nak lena pun tak boleh walaupun dah elakkan minum kopi masa dinner petang tu. Tak tau la berapa jam ja dapat tidur sebenarnya pada malam tu. 




Aku bangun awal jam 1.30 pagi dan 1st yang aku buat adalah keluar dari bilik nak tengok keadaan cuaca. Risau kalau hujan atau angin kuat yang menyebabkan tak dibenarkan naik. Alhamdulillah cuaca amat baik. Masuk balik sambung baring. Supper dibuka dalam jam 2 pagi macam tu dan teruslah makan. Load kena lebih sebab hari ni perjalanan amat panjang. Kalau tak makan by tengahari energy akan depleted dan pasti akan bermasalah dalam perjalanan turun.



Aku rasa pergerakan pagi bermula dalam jam 2.45 selepas breifing dari guide. Kali ni pelepasan lebih teratur sebab tak semua  group- group lain bergerak serentak jadi tak banyak isu kena beratur di sebab kesesakan. Awal pagi tu aku lalu tepi post box tu dan letak la poskad aku dan terus naik. Time ni dia punya sejuk bagi aku amat managable, cuma bila cuaca menipis dan suhu rendah setiap langkah tu sedikit perit. Misi utama adalah nak pastikan sampai check point last di Sayat - Sayat sebelum 5.30 pagi. Jarak pun hanya 1.5km sahaja dari Laban Rata.



Laluan ke Sayat- Sayat ni semua bertangga juga seperti hari sebelumnya. Dalam mengambil nafas kepenatan tu bila angkat kepala nampak la lampu- lampu dari orang- orang yang laju naik  menuju ke puncak. Aku sampai di Sayat- Sayat jam 4.15 pagi. Masa trip lepas 2020 selepas Sayat- Sayat ni la aku ada sedikit masalah.Bermula dengan penat dan kena AMS.




Kali ni aku naik tenang - tenang ja selepas Sayat- Sayat tu dan paling utama adalah untuk mengelakkan daripada guna tali kecuali memang perlu. Sebab penggunaan tali tu akan buatkan lebih penat aje sebenarnya. Tali ni membantu kau bagi direction naik sebab selepas Sayat- Sayat laluan hanya berbatu. Dalam kegelapan malam ni mostly semua batu ni kelihatan sama je. Naik tu aku banyak borak2 kecil nak hilangkan penat dan ada la 2-3 kali juga duduk kepenatan. Tapi misi perlu disambung sebab aku nak sampai awal ke puncak.



Dalam 6.00 pg stop jap dan cari tempat rata untuk Subuh kemudian sambung perjalanan. Time2 waktu macam ni la view amat cantik di atas semasa matahari mula nak keluar di hujung- hujung langit. Jangan lupa berpaling ke belakang sambil mencungap dalam misi mengejar puncak tu kerana view dia tak tergambar dengan kata-kata. 



Disebabkan nak sampai puncak sebelum matahari terbit tu tak mungkin, jadi aku pelan-pelan naik asalkan sampai. Tak nak jadi macam trip sebelum ni sakit kepala gila - gila dalam perjalanan ke puncak. Lagi pun sampai awal gelap sangat nanti gambar tak lawa. Rugi woo dah penat- penat tak ada gambar. Biar naik suffer yang penting gambar top.



This year aku sampai puncak jam 6.20 pagi. Yang paling syok masa sampai di puncak ni adalah takde orang di belakang aku dan yang ada hanya kawan- kawan yang dah sampai lagi awal. Jadi boleh la bergambar sampai puas. Aku spend masa dalam 15 minit kat atas sebelum bergerak turun. Bila turun nampak plak kawan satu pejabat on the way naik, jadi demi gambar bersama- sama nak tunjuk ke bos, aku naik balik sekali lagi ke puncak.



Did the customary picture again dan bergerak turun sebab nak bergambar di bawah. Sempat la bergambar di kolam yang ada reflection tu sebab trip sebelum ni gambar kepala kena potong. Sebelum berjalan turun ke bawah. Kena singgah bergambar lagi dengan South Peak lagi yang ada di belakang duit RM 100 tu. Aku rasa berhenti bergambar sahaja dah melebihi sejam. 




Kena kejar turun juga untuk sarapan yang tamat jam 10 pagi dan juga check out dari bilik. Kalau lambat check out akan dikenakan bayaran RM100 bagi setiap jam. Perjalanan turun ni sebenarnya lebih azab sebab time turun ni kaki dah sakit. Hahaha. Setiap langkah agak perit tapi diteruskan jua sebab dah lapar. Kalau tak makan nanti lebih perit sebab perjalanan turun 6 km lagi. 




Sempat la sampai ke Laban Rata 9.30 pagi dan terus clearkan bilik sebelum bersarapan. Nak makan pun takde mood sebenarnya tapi digagahi jua demi tenaga.Di sini rasanya skrip sama seperti trip sebelum ni di mana aku decide untuk stay tunggu geng belakang dan yang lain terus gerak dulu untuk elakkan bayar OT. 



OT ni kena bayar kepada guide sebanyak RM15 setiap jam bagi jika tak sampai ke Timpohon sebelum jam 4.30 petang. Kalau sampai di Timpohon awal pun, kita boleh singgah di cafe Sutera tu untuk makan dulu sebelum gerak balik.



Since aku dah decide untuk stay, aku lepak dulu dan hanya bergerak turun jam 12.15. Pada masa tu ada 12 orang di belakang yang bergerak turun sekali. Kebanyakan geng belakang ni semua dah sakit kaki. Kalau naik semalam tak bertongkat, time turun hampir semua dah pakai 2 tongkat.

Masa turun ni cuaca kembali gerimis dan berkabus tebal sama seperti hari sebelumnya. Jadi tiada view menarik sepanjang perjalanan turun. Time turun pun banyak berehat sebab kaki sakit. Kaki sakit ni banyak berkait dengan kasut yang aku pakai di mana tiada cushioning di hujung - hujung jari dan material dia buat jari bergesel semasa turun. Rasa sakit bila turun kaki ke arah depan dan perlu menurun secara sideways.


Disebabkan kepenatan, cuaca berkabus tebal tak banyak gambar diambil semasa turun. Nasib baik bar dan gel penuh kira kanan poket sebab time sejuk ni laparnya lain macam. Sempat makan satu bar dan satu gel untuk tenaga time turun. 


Dengan berkat kesabaran dan perseverance akhirnya sampai ke bawah jam 5.30 petang. Perjalanan aku turun ni bertiga sahaja tanpa ditemani oleh mana- mana guide jadi tiada bayaran OT dikenakan. As usual langkah terakhir ke Timpohon itu amat menyeksakan. Paling last keluar dalam group adalah sejam selepas aku, which amat ok bila dilihat dengan kesakitan kaki diorang tu. Masih laju bagi aku. Ada yang aku dapat tau dari group lain yang turun pada hari sama, sampai ke Timpohon jam 8.30 malam.

Time dah sampai Timpohon ni la mula rasa kaki menggigil stop sampai la sejam berlalu. Nak makan di Cafe Sutera pun dah tak sempat sebab lewat. Nasib baik kawan- kawan yang sampai awal dah bantu minta cafe bungkuskan makanan. Time turun ni tak fikir banyak dah, nak cepat balik dan rehat ja. Dalam 30 minit lepas sampai, aku dah beberapa lain gerak terus ke KK untuk urus diri kat sana. Geng-geng lain menyusul kemudian selepas yang last sampai ke Timpohon.




Untuk trip kali ni syukur kesemua 25 orang berjaya sampai ke puncak dan turun ke bawah dengan selamat walaupun ada yang injured jiwa dan raga sikit- sikit. Ke semua 25 orang ni pasti ada misi masing- masing. Ada yg 1st time, ada yang nak repeat sebab hari tu tak sampai puncak dan lain- lain lagi. Bila tercapai tu boleh la buat cerita kat anak cucu nanti- nanti.



Personally bagi aku, trip kali ni aku sampai lebih awal di Laban Rata, Sayat- Sayat dan puncak berbanding trip 2020. Mungkin sesi letihan di tangga seminggu sekali tu membuahkan hasil. Yang paling utama adalah aku tak kena AMS seperti sebelum ni di mana hampir- hampir nak give up disebabkan sakit kepala yang tak tertahan.




Di hujung skali aku nak letak kredit kepada rakan sepejabat Adzhar dan team dia yang menyahut cabaran bila bos aku mencadangkan naik ke puncak sempena Hari Imigresen ke 102 tahun. Terima kasih juga layanan daripada team Sabah. Sungguh liarbiasa layanan mereka. Amat tak tertanding. Dalam 8 bulan ianya dirancang dengan baik dan akhirnya sukses. Kita jumpa semula pada program Mulu 2025.






#MisiKitaJelas