17.7.13

Jersi Basikal

 

Sejak mula mengayuh dari tahun 2009 lagi hanya 3 jersi basikal ni sahaja yang aku ada. Sesetengah orang amat minat mengumpul/membeli pelbagai jenis jersi dari perlbagai jenama tapi bukan aku. Ada sesetengah orang suka mengumpul full set iaitu jersi dan seluar/bib tapi aku jersi sahaja. Untuk seluar aku membeli yang jenis biasa.3 jersi ni walaupun biasa sahaja mempunyai sebab tersendiri kenapa aku suka.



Jersi ni dibeli masa event basikal Share Our Road. Sebab tu di baju penuh dengan logo sponsor. Event Share Our Road cuba meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya supaya berkongsi dengan pengayuh basikal. Baju ni aje aku ambil saiz XL walaupun order saiz L kerana waktu cuba kat kaunter registration event tak muat.


Ni event jersi Jelajah 1 Malaysia macam Le Tour de Langkawi.  Jarang dapat event jersi kerana selalunya tak di jual pada public atau pun stok hanya sikit dan cepat habis. Lagipun sebab membeli adalah perlukan sedikit warna terang waktu mengayuh bagi memudahkan pengguna jalan raya lain nampak. Sesuai la nak guna masa kayuhan malam.


Ini jersi aku paling sayang, jarang pakai. Hanya pakai bila masuk jamboree sahaja. Sebabnya ini jersi pertama beli, ditempah khas mengikut group basikal aku. Brand ni masa aku tempah tak popular lagi tapi sekarang kat mana-mana pengayuh pakai jersi basikal custom dari brand ni.
Waktu tempah dulu wajib ada 10 helai baju diorang akan buat so ada sepuluh orang aje ada jersi ni.
Daripada 10 orang tu pun berapa kerat je yang masih mengayuh basikal jadi jersi ni agaknya2 tak lama lagi pupus.

No comments: