17.7.13

Padan Muka

Di laman sosial persatuan ada seorang yg letakkan post mahu mencari sesiapa yang berminat tukar tempat kerja suka sama suka. Tiba-tiba datang seorang lain yang beri komen perasan bagus dan berkata macam-macam hingga keluar kata keramat yang amat memedihkan iaitu 'manja'.
Entah kenapa bagai dirasuk ramai pula orang lain yang masuk menyampuk yang membelasah ala ala keyboard warrior pada orang perasan hebat itu tadi.
Memang kasihan bila dibaca komen-komen yang tertera. Ayat makan dalam. Umpama pisau ditikam di perut kemudian dirodok sedalamnya.
Yang paling kelakar adalah akhirnya orang perasan bagus tadi terus delete semua komen-komen perasan bagusnya kerana tak tahan kene troll.
Sebab itu ada pepatah dari kuala pilah berkata ' respect comes both ways. In order to be respected you must first respect others even if they are younger than you'.
Aku rasa dia dah dapat pengajaran dari ayat perasan bagus dia. 
'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'
Buat orang perasan bagus itu, you are already a laughing stock of others.... Kah Kah Kah.

2 comments:

norinaomar said...

susah orang CAS bagus ni..tak faham masalah orang lain.Manalah tahu dia memang ada keperluan penting yang menyebabkan dia betul2 kena cari tukar sama suka kalau itu kaedah yang paling baik.
Selamat berpuasa Azam..puasa ada race jugak ke

No Surprises said...

ms puasa race event xde so continue dgn aktiviti kayuhan sahaja