Lepas jamboree Gomeh hari tu merupakan permulaan aku nak offseason. Berehat seketika 3 bulan untuk fokus sket urusan keluarga. Baby baru on the way awal tahun depan. So basikal dan lari akan berhenti seketika sepertimana yang aku buat 8 tahun lepas.
So untuk meraikan permulaan offseason ni aku register King Of Kampung Kemensah (KOKK). Amik distance 18km je which is bagi aku dah cukup tough kerana aku yakin elevationnya mencanak. Register hari ni disebabkan early bird fee tamat 31 Disember 2016 ni.
So kita tunggu bulan 5 tahun depan. Jangan badan mengembang semula dah la.
Sapa yang belum daftar baik cepat-cepat sementara tengah murah. ada sehari lagi. Link kat sini
.
Dedua gambar ni aku ambil dari blog event ni. haa..jom jangan tunggu lama-lama.
2 comments:
training trail run kat mana tuan?
macam biasa la ladang batan benar je..
Post a Comment