10.4.17

Life Update : 1st Q of 2017

Its been a while sejak aku menulis. Kesibukan ada baby kedua ni lain macam plak. Kena plak umur dah meningkat time malam je cepat betul nak lelap mata. Dulu sempat lagi tulis something sebelum tido.
Jadi apa update dalam 3 bulan pertama tahun 2017 ni?
Bulan Januari lebih fokus nak uruskan baby kecik. So hidup mostly hanya pegi keje dan balik rumah je. Sukan pun takde. Walaubagaimanapun aku ada gatal2 try dapatkan free slot dari Actionpix untuk Shah Alam Half Marathon. Rezeki aku, aku menang. Downside dia free slot ni tiba di kala aku takde masa nak bersukan dan pada masa yang sama tarikh event pada end of Februari tu tersepit antara majlis nikah adik aku dan kendurinya. Event tu plak malam so pada asalnya aku rasa ok la join. Cuma azabnya lepas event dia punya penat macam tak leh bangkit katil. Tapi disebabkan majlis adik aku so aku gagahkan juga. Kang kene pelangkung dengan mak aku.
Aku lari bertiga masa tu dengan Azran dan kawan di Helmi. Timing agak kecewa sket walaupun tak PW tapi gagal tepati target aku which is 3 jam.Official timing 3 jam 2 minit. Route memang torture kerana bukit pun banyak dan kebanyakan semua long stretch.Anyway should try harder untuk akan datang.









On Mac pun takde event. Sibuk keje + sibuk dengan family menjadikan masa bersukan amat kurang. Plan adalah nak mula balik on April ni, so aku pun baru la sedikit demi sedikit nak up mileage lari dan basikal.
Last week selesai fun ride kat UKM, nama funride tapi route organizer pun bleh tahan. Habis gak la walaupun azab dia lain macam.




Now paling penting adalah prepare untuk KOKK pada 7 Mei 2017 ni. 18km tapi mengenangkan ni event trail so kene la up fitness. Tak mau jadi macam Shah Alam Half Marathon, lepas 13km aku dah barai habis. Seksa nak habiskan baki distance tu.
Ada satu event je aku register sebelum KOKK which is Serintin Charity Run.Tu pun sebab murah dan event kurang 10km dari rumah. Distance pun 10km je jadi tak la menggerunkan. Selain dari tu aku kene cari masa untuk up fitness bagi persediaan KOKK. 
Entah sempat ke tak. Aku ni semangat time nak plan je. Time nak follow the plan tu memang out habis. Selalunya tak buat pun.




1 comment:

Denise said...

Having dressed for the ride and not to remain in a nippy beginning pen, I was happy to go ahead and get warm. I was expecting to do a not too wrong time, so right away began climbing through my wave, situating myself close to the front of what was an enormous peloton.