I've meant to do a list bagi barang-barang yang wajib aku bawa ketika keluar berkayuh tapi gambar barang-barang yang aku amik dulu hilang mana ntah so aku nak cerita satu dari barang-barang wajib aku iaitu Chainlink.
Sepanjang aku mula mengayuh sejak 2009, aku dah bawa benda ni. Bawa pun sebab orang lain nasihatkan suh bawa. Tapi cara nak pasang kalau terjadi apa2 harom aku tak tau.
Sepanjang aku bawa benda ni aku rasa baru sekali je guna untuk diri sendiri time Jamboree Seri Menanti tahun 2014. Yang tu pun member tolong buat, time tu baru reti cara pasang balik chain link tu pada rantai putus. Time lain aku bawa mostly bantu kawan2 je bila basikal diorang yang rosak.
Harga chainlink ni murah aje, RM10 tapi kepentingan dia tak boleh disangkal. Kalau rantai putus masa kayuh dan kau xde chain link ni tak ke azab nak tolak kayuh balik? nak call uber pun basikal tu nak sangkut mana?
Jangan abaikan kepentingan chainlink ni bawa ke mana saja pabila berkayuh. Kat mana -mana kedai basikal ada jual. Yang penting bagitau gear basikal ada berapa kepada penjual sebab different speed pakai different model chain link.
No comments:
Post a Comment