2.8.17

Denai Alam Conquer The Trails : DNS

Aku actually ada 3 pending post berkaitan event yang aku masuk. Aku mulakan dengan kisah ni sebab ni yang paling pendek rasanya. Punca pendek, DNS. Kah Kah Kah.
Event ni aku dapat free slot dari Rangers Malaysia lepas menang contest diorang. Rangers Malaysia is one ot the sponsors untuk event ni. Aku dengan kental minta slot 22km. Racekit collection memang mudah di 1 Kiara Mall cuma nak ke sana bagi aku leceh sket. Entah apa ada kat situ pun aku tak tau.




A week before event aku outstation atas urusan kerja dan sepatutnya aku sampai balik ke rumah pada sehari sebelum event. Malangnya ada hiccup sket masa urusan kerja di Tawau hari Jumaat tu di mana aku terhalang untuk balik dan terlepas flight aku. Struggle juga nak dptkan earliest flight dan hanya dapat juga tiket yang mana aku hanya sampai KL 2 jam sebelum event tu mula.
Disebabkan aku pun tiba lewat dan esok pagi dah kene keluar balik untuk urusan kerja kat Sibu pula so aku decide untuk DNS. Offer juga bib kepada kawan-kawan lain malangnya takde yang berkelapangan. So ini 1st event tahun ni di mana aku DNS which aku harap is the last. 
Segan gak aku dengan  penganjur walaupun tak kenal diorg sapa kerana DNS event ni. Ye lah dah bagi slot free tapi tak pegi. Baju Rangers Malaysia pun aku tak dapat amik kat booth diorang masa event tu
Anyway TQ Rangers Malaysia dan sorry to let U down untuk event ni

No comments: