29.8.17

Melati Hill : Eagle Hill

Ni merupakan laluan baru yang dibuka oleh geng yang buat trail ni. Rasanya mungkin usia laluan baru ni dalam sebulan dua je sebab aku pergi sebelum ni ada nampak jalan half way diorg buat. So untuk kali ni aku dengan Yukhaimi yang first time masuk sini guna laluan dari :


Tokong - Centipede Hill- Eagle Hill- Monkey- Cobra- Tokong.



Semua laluan aku dah pernah lalu kecuali Eagle Hill tu. Eagle Hill ni laluan dia bagi aku agak panjang dalam 1km++ juga la dari Centipede Hill tu. Untuk ke Eagle Hill dari Centepede Hill amik kanan (folo signboard Monkey Hill/ Rope Hill). Kemudian turun bukit di mana ada persimpangan dan signboard sebelah kanan menuju ke Eagle Hill. Most part adalah flat dengan certain part mencanak naik bukit dia. Since aku pegi dalam keadaan trail masih baru jadi nak berpijak agak susah sket dan licin kerana hujan awal pagi. Certain part hampir nak terjatuh juga sebab takde tempat nak berpegang so kene guna balance untuk turun. Syukur takde kejadian berguling-guling.



Eagle Hill ni ada view yang menarik di hujungnya di mana kau ada satu kawasan lapang mcm dihujung gaung. Untuk safety measure diorang dah letak tali siap2 untuk elakkan korang terjatuh ke bawah. Sempena mood kemerdekaan aku rasa ada terpacak bendera Malaysia dan Negeri Sembilan. Memang sesuai untuk bergambar.

Overall distance kali ni aku buat dengan 2 hill aku skip iaitu Mosquito dan Rope dapat dalam 4.78km. Masih tak berkesempatan nak try kesemua serentak disebabkan faktor tak larat. Haha. Most energy habis kat Eagle Hill. Penat nak panjat bukit dia yang mencanak dan balance body masa turun bukit. Selain tu gak disebabkan baru lepas hujan malas nak lalu Rope Hill sebab konfem tali licin dan basah. Susah nak turun naik nanti.


Anyway this is aku punya 3rd review pasal Melati Hill. So kepada yang nak baca 1st review dan 2nd review bleh klik pada link.

No comments: