8.9.17

Brooks Cascadia 11 : Review yang Orang Tak Kisah

Aku rasa nak buat review pasal kasut dan since kebanyakan kasut yang aku beli sekarang adalah kasut yang off season jadi aku nak gunakan tajuk sebegini untuk semua review kasut aku. Bukan apa, sapa nak baca review ni sebab kasut dah off season. Melambak dah hands-on review ada time kasut ni mula2 keluar.
Ini merupakan kasut ketiga aku beli untuk kegunaan trail. Sebelum ni aku beli Skechers GoBionic Trail (jual sebab half size smaller) dan Skechers GoRun Ultra (pakai sampai lunyai).



So bila ada harga runtuh untuk kasut offseason kat BigBigPlace aku pun beli. Dapat la beli Brooks Cascadia 11 dengan harga RM265.00. Harga retail RM4++ kot. Tujuan beli pada masa tu sebab next weekend aku ada event Denai Alam Conquer The Trail. Beli agak tergesa-gesa dan sebab bajet pun tak banyak aku kaut je kasut tu. In the end aku actually DNS event tu sebab stuck di Tawau atas urusan keje.
So aku dah try kasut ni dalam kali dalam trail area rumah. Distance tak panjang pun untuk setiap sesi tu. Total usage baru dalam 30km. Aku pernah guna untuk lari di Ladang Batang Benar, Bukit Tangki Citra Hill, Melati Hill dan Bukit Besi sahaja kasut ni.









Dari penggunaan aku aku bleh katakan kasut ni amat grip pada keadaan tanah merah (muka bumi biasa di Malaysia). Takde masalah slip langsung. Pda keadaan kering, basah, hujan kasut ni boleh berfungsi dengan baik. Cuma pada keadaan berlecak, lumpur dan tanah mudah melekat kat bawah tapak kasut. Possibility adalah disebabkan lugs dia yang agak rapat antara sesama mereka. Walaubagaimanapun setakat aku guna walaupun dirt melekat kat tapak still tak ganggu grip kasut tu masa berlari.
Dari segi cushioning bagi aku agak keras. Ada juga kemungkinan disebabkan sebelum ni aku memang pakai Skechers yang terkenal dari segi kelembutan dalam cushioning. So bila pakai brand lain aku rasa keras. Lari atas tarmac rasa keras sket setiap hentakan pada tapak tapi once masuk trail rasa tu hilang.
Kasut ni agak fleksibel di mana kau bleh lipat gak kasut ni tanpa masalah walaupun tak se fleksibel kasut Skechers.
Di bahagian tapak depan aku rasa ada metal plate kot untuk protect kaki dari batu2an dan benda tajam. Depan pun aku rasa keras sket so protect juga jejari kaki.
Dari segi sizing aku rasa memang kena ambil half size bigger sebab kasut ni bukan jenis wide. Kalau kaki kau jenis wide make suke amik yang besar sket. 
Anyway aku tak fully test lagi kasut ni dalam mana-mana event so review lebih2 tak leh bagi. Alah bagi pun mana ada orang baca. Kah kah kah. Tapi aku still nak test juga dalam keadaan super wet cuaca Malaysia ni camna keadaan dia dan apa jadi bila kasut terendam dalam air sungai masa beraktiviti.
Kasut ni bagi aku sesuai untuk trail dan juga hiking. Atas road susah sket sebab cushioning keras macam aku bagitau tadi.
Apa2 nanti aku tambah balik bila dah try.
End.

No comments: