Pernah join event ni dulu tapi masa tu distance hanya 10km dan 5km. Masuk 10km sebab kemuncaknya ada naik S2 Hill Park. Naik dan turun pada laluan yang sama. Time tu rasa azab habis dah climbing. Rasanya dalam tahun 2013. Fast forward 2017, aku jump in to register bila dapat tau ada buat juga dan kali ni dengan half marathon distance. Kemuncaknya juga naik S2 Hill Park. Kene plak family merttua aku dah pindah area kat mana event ni di buat. Laluan tepi rumah lagi. So rugi sangat kalau tak masuk.
Aku try test naik bukit kat S2 Hill Park tu mengikut laluan dari map dia 2 minggu sebelum event. Mencanak bang. Lagi seksa ikut laluan belakang walaupun bertangga. Jantung nak pecah rasanya.
Masa event ni lagi 30 minit nak flag off baru aku keluar rumah family mertua. Tak sampai 5 minit dah siap parking kat Mydin Seremban 2. Tempat flag off betul2 sebelah Mydin iaitu Dataran Centrio. Kudos kepada penganjur dan Mydin kerana buka bangunan awal untuk gunakan surau dan tandas. Mudah dan selesa.
Sebelum flag off ada mercun letop2 21 kali tanda 21km yang akan dilepaskan (menurut kata MC sebab aku tak kira). Flag off dalam 6.15 terus turun bukit 100m dan naik bukit 300m. Inilah keindahan event ni. Bukit walaupun tak tinggi mana tapi banyaaaak disediakan. Laluan event ni bagi aku mudah. Dari starting line ke arah Aeon Seremban 2 sebab belakang tu ada showroom IJM Land. Masuk area showroom tu sebelum ke arah laluan yang membawa ke S2 Hill Park.
Route ni banyak kon, ramai marshall dan polis jaga simpang. Water station pun bagi aku ok. Cuma route marker bagi aku tak tepat. Mostly short 200m ke 400m dari exact distance. Aku ingatkan event ni akan jadi under distance sebab router marker kurang tepat tapi rupanya memang cukup 21km.
Whole time aku maintain pace utk 10km pertama dalam pace 7, kemudia untuk 5km seterusnya pace 7.15. Bermula km ke 15 tu yang bermula haywire plan aku. Pertama sebab badan dah penat, kedua mental koyak sket dan ketiga sebab aku dah lalu laluan tu 2 minggu lepas. So aku tau untuk ke tapak naik S2 Hill Park tu ada 3 km incline yang aku kene hadap sebelum nak hadap bukit hanat tu.
Time tu mula la jalan-lari-jalan-lari. Pace dah mula bersepah-sepah di lautan. Sebelum naik S2 Hill Park ada Water station so aku gogok Iso Gel. Naik ke bukit tu pada awal aku lari lagi. Siap mencelah kiri kanan orang yang berjalan. Lepas separuh rasa mencungap habis so better aku jalan sebelum pitam. Betis pun ada sakit2 macam nak krem. Distance naik dalam 500m gak. Recovery atas bukit tu lama gak. Perut macm krem dari atas bukit all the way turun.. So turun bukit pun jalan.
Sampai bawah tu baru la aku cuba lari sket sebab tau dah tak jauh nak ke finishing, less than 3km masa tu. So push forward dan cuba xnak jalan langsung. Last stretch tu aku betul2 cuba push selagi larat walaupun macam tengah berjalan je masa tu untuk kejar loss time. In my mind kene pastikan potong orang depan dan jangan bagi orang belakang potong balik.
Sampai finishing pada 2 jam 44 minit, off 6 minit dari dari event Men's Health 3 minggu sebelum tu. Bukit kat event lagi tinggi dari event tu so bleh la dijadikan alasan timing sayur. Kah kah kah. Kalau ada lagi tak mau masuk dah tak sanggup dengan S2 Hill Park tu. Cukup-cukup sudah. Cukup sampai di sini saja. Daripada batin terseksa. Eh tu lirik lagu.
Ok bye.
Kredit diberikan kepada Azran, sepupu aku sebab dapat slotdari Ultron. Cuma 10km je dia kata tak puas . Dan juga sebab sudi tunggu aku kat finishing line amik gambar. Entah berapa jam dia tunggu aku nak habis pun aku tau. Hanat betul event ni kat sepanjang laluan dan finishing line langsung xde jurugambar. Camne nak berlakon acah2 laju.
Yang terakhir tak dilupakan juga Ruzaini yang DNS last minit, cirit birit katanya. Tapi dengar khabar angin dia DNS bukan sebab cirit birit tapi sebab nak g makan2. Entah betul ke tidak aku tak tau la.
2 comments:
Best la bukit tu. Hahaha
Tahniahhhh
kalau kuat memang la rasa best. konfem rasa nak repeat lagi time tu kan. kah kah kah.
Post a Comment