Tayar belakang basikal dah menunggu masa utk ditukar sebab bunga dah haus dan certain part dah koyak sket dan tak mampu ditutup dengan sealant. Sebelum ni pakai Maxxis Ikon 27.5 x 2.2
Jadi dalam few month ni hunting for a new tyre ni aku plan utk drop width berbanding sebelum ni iaitu 2.2 kepada yg normal 2.1. Rasional dulu disebabkan aku perlukan sedikit lebar utk cover disebabkan aku pakai fork rigid. So dgn tayar sedikit lebar aku dpt sedikit protection dan confidence especially downhill.
It works very well but the problem is tayar sebelum ni agak berat dan terlalu grip on the road especially tarmac.
So every rotation actually kau kene push harder. Agak memenatkan sebenarnya especially bila offroad dan mencapai distance 25 ke 30 km di mana aku mula habis tenaga.
Aku xde buat survey apa pun masa beli melainkan tengok di kedai dan Google sket. Aku decide utk beli Hutchinson Taipan 27.5 x 2.1. Ada versi 2.25 tapi aku mmg nak elakkan dr guna. Since product ni dr France most review di YouTube adalah dlm French. Review tulisan pun tak berapa banyak. Dr review yang sket pun nampak mcm promising juga.
Plan selepas ini adalah untuk kembali menggunakan fork biasa dan kembali guna tayar lebar 2.1 yang ringan dan mampu di kayuh dlm cuaca dan bentuk muka bumi Malaysia. Setakat yang aku pernah guna Schwalbe Racing Ralph dan Rocket Ron paling sedap guna. sebab fast rolling, ringan dan mud tak lekat kat tayar.
Memasang tayar ke rim ni aku dapati sukar sket berbanding tayar- tayar yang aku pernah guna sebelum ni. Agak ketat dan kau kene guna tyre lever tu dan kene tekan kuat sket untuk keluarkan dan mskkan tayar. Ada juga faktor disebabkan rim ZTR Crest yg aku guna. Disbbkan rim ni tubeless ready, keadaan bibir rim agak ke dalam agak leceh nak mskkan dan keluarkan tayar.
Setakat ni belum pernah cuba ride lagi disebabkan kekangan masa di bulan Ramadan. Esok nak try mskkan sealant utk tgk samada ada apa2 leakage dan seterusnya try easy ride nak rasa feel atas jalan.
No comments:
Post a Comment